Setelah Khabar Angin Letak Jawatan Tersebar, Ini Keadaan Terkini Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berada dalam keadaan tenang dan pertemuannya dengan anggota Jemaah Menteri malam tadi bertujuan membincangkan agenda dalam melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sumber memberitahu, suasana perbincangan berjalan lancar dan anggota Jemaah Menteri akan meneliti titah baginda dalam mesyuarat khas Kabinet esok pagi.

Bercakap kepada MalaysiaGazette, sumber berkenaan juga menafikan Muhyiddin membuat keputusan untuk meletakkan jawatan apabila cadangan Jemaah Menteri supaya darurat diisytiharkan telah ditolak oleh Seri Paduka Baginda selepas bermesyuarat bersama Raja-Raja Melayu.

Sebaliknya, beliau berkata, titah Seri Paduka Baginda itu telah memberi jalan yang luas kepada Muhyiddin untuk menjalankan tugas sebagai perdana menteri tanpa gangguan politik.

Katanya, ini adalah kali ketiga Al-Sultan Abdullah mengingatkan semua pihak supaya berhenti bermain politik dan menumpukan sepenuh .

Selain Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda turut memanggil Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Pengarah Kesihatan dalam perbincangan yang bermula jam 2.30 petang tadi dan berakhir kira-kira tiga jam selepas itu.

Istana Negara dalam kenyataan menyusl selepas perbicangan itu memaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda mempercayai keupayaan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan memerangi wabak Covid-19.

Tiada keperluan isytihar darurat, titah Agong

Al-Sultan Abdullah juga mengingatkan ahli politik supaya berhenti bermain politik yang boleh mengganggu kestabilan pemerintahan negara.

Tegas baginda, Belanjawan Negara 2021 yang akan dibentangkan di sidang Parlimen adalah amat penting kepada rakyat di dalam menangani wabak COVlD-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Justeru, peruntukan kewangan amat diperlukan oleh petugas barisan hadapan bagi melancarkan tugas dan tanggungjawab mereka.

Parlimen akan bersidang pada 2 November ini manakala Belanjawan 2021 pula dijadual dibentang pada Jumaat, 6 November.

Kabinet bincang lebih lanjut titah Agong, kata Muhyiddin

Muhyiddin dalam kenyataannya berkata, keutamaan Kabinet beliau sekarang ini adalah memerangi pandemik Covid-19 dan melindungi rakyat.

Kabinet bincang lebih lanjut titah Agong, kata Muhyiddin.

Kuala A LUMPUR- Kabinet akan berbincang lebih lanjut berhubung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, siang tadi.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jemaah menteri mengambil maklum keputusan Yang di-Pertuan Agong yang bertitah tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat buat masa ini.

“Jemaah menteri akan berbincang lebih lanjut akan titah Seri Paduka Baginda Tuanku.

“Keutamaan jemaah menteri dan kerajaan pada masa ini ialah melindungi rakyat daripada wabak Covld-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Muhyiddin, beliau menjunjung kasih ke atas keputusan yang telah dibuat Yang di-Pertuan Agong serta menyambut baik nasihat baginda bahawa kestabilan negara tidak harus diganggu-gugat.

Sumber -MalaysiaGazette via Jirancakap

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*