Kedai Mamak Melampau, Minta Pinggan Kosong Pun Kena Cas

DALAM menu harga lain, yang perlu bayar pula lain! Itu kerja pengusaha restoran mamak di Jalan Hang Tuah, Melaka, semata-mata mahu mengelirukan pengguna dan kaut keuntungan lebih.

Premis makanan keluar resit berbeza harga dikenakan kompaun
AZEEM NAZURI (kiri) bertanya sesuatu kepada dua pengusaha kedai makan ketika mengetuai pemeriksaan di kedai makan di sekitar Jalan Hang Tuah, Melaka, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Bagaimanapun, tindakan itu menerima padah apabila premis diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang mengadakan Ops Bersepadu, hari ini.

Operasi turut membabitkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bermula 10 pagi hingga 1 tengahari itu,

Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNHEP negeri, Azeem Nazuri berkata, pihaknya menerima aduan daripada penuntut kolej yang mengesan makanan dijual di restoran berkenaan lebih mahal daripada apa dipaparkan dalam menu.

Katanya, siasatan kemudian dibuat dengan membandingkan harga pada menu dan resit pembayaran pelanggan, yang mana didapati ia dinaikkan lima sen untuk setiap hidangan.

“Restoran itu juga gagal mempamerkan tanda harga selain tiada sijil halal JAKIM. Ia hanya menggantung kalimah ayat suci al-Quran saja.

“Berikutan itu, premis tersebut dikompaun RM300 mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan kertas siasatan akan dibuka mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999,” katanya.

a man and woman preparing food in a kitchen: Penguat kuasa Jabatan Kesihatan Melaka menjalankan pemeriksaan sekitar premis. FOTO Rasul Azli Samad
© Provided by Media Prima Penguat kuasa Jabatan Kesihatan Melaka menjalankan pemeriksaan sekitar premis. FOTO Rasul Azli Samad

Sementara itu, seorang pelanggan yang juga penuntut kolej, Nor Amirul Aziq Azman, 19, berkata, terpaksa makan di restoran berkenaan kerana kesuntukan masa.

“Kerap juga kami elak makan di situ tetapi adakalanya terpaksa juga (makan) disebabkan kesuntukan masa dan mahu cepat.

“Harga makanannya melampau tinggi. Nasi goreng ayam RM10, sedangkan harga biasa pasaran baru RM7.95. Minta pinggan kosong pun kena caj 30 sen,” katanya.

Bagi seorang lagi penuntut kolej, Siti Nur Farhana Zulkhairi, 19, berkata, belanja makannya sehari hanya RM15, namun terkesan disebabkan harga makanan di restoran yang tidak berpatutan.

Katanya, berharap masalah kenaikan harga makanan diatasi demi melindungi mereka yang masih belajar.

Keseluruhannya, 784 premis makanan di Melaka sudah diperiksa KPDNHEP sehingga 13 Januari lalu.

Sumber Artikel : MSN

Dua kedai mamak dikesan caj harga tinggi

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah mengesan dua restoran nasi kandar di negeri ini yang mengenakan harga makanan tidak munasabah.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya Chin Ching Chung berkata, dua restoran terbabit mengenakan harga RM7.50 bagi nasi goreng ayam dan RM8.50 bagi bihun goreng ayam termasuk caj cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Berikutan itu, katanya, restoran terbabit diberi tempoh 10 hari untuk memberi alasan berhubung tindakan mereka mengenakan harga terbabit atau tindakan diambil ke atas mereka.

“Harga biasa jualan bagi dua makanan itu adalah RM6, tetapi mereka mengenakan caj lebih tinggi. Kedua-dua restoran perlu memberi penjelasan berhubung harga itu berserta pecahan kos operasi dan barang yang dijual.

“Jika penjelasan tidak memuaskan, mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan bersepadu di Alor Setar, hari ini.

a man giving thumbs up: KETUA Penolong Pengarah Pengurusan Halal JHEAIK Syeikh Azhari Mohamad (dua kanan) menyoal pekerja sebuah restoran masi kandar di Alor Setar dalam operasi, hari ini. Foto AMRAN HAMID
© Provided by Media Prima KETUA Penolong Pengarah Pengurusan Halal JHEAIK Syeikh Azhari Mohamad (dua kanan) menyoal pekerja sebuah restoran masi kandar di Alor Setar dalam operasi, hari ini. Foto AMRAN HAMID

Operasi terbabit turut disertai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar.

Ching Chung berkata, notis ke atas dua restoran berkenaan dikeluarkan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Halal (Bahagian Pengurusan Halal) JHEAIK, Syeikh Azhari Mohamad berkata, pihaknya turut mengarahkan salah sebuah restoran yang tidak mempunyai sijil halal menurunkan ayat al-Quran yang digantung.

Katanya, pemilik restoran itu dinasihatkan untuk memohon sijil halal supaya dapat meyakinkan pelanggan beragama Islam.

“JHEAIK menasihatkan umat Islam agar memilih untuk makan di restoran yang mempunyai sijil halal. Tahun lalu kami meluluskan 80 peratus daripada 450 permohonan daripada premis makan, produk dan rumah sembelihan.

“Yang tidak lulus itu kerana mereka tidak mengikut syarat halal, contohnya mereka mendapatkan bekalan ayam daripada pembekal yang tidak mempunyai sijil halal,” katanya.

Sumber : NST

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*