Kelibat Wanlta ‘Mlsteri’ Muncul Ketika Pasukan Penyelamat Sedang Buat Operasi. Siapa Sebenar Wanlta Itu Akhirnya Didedahhkan

Pencarian penunggang motosikal yang terjatuh bersama keluarganya di jambatan Tukad Petanu, Ubud, Gianyar, Bali, iaitu Ni Komang Ayu Ardani (37), sehingga Isnin dilaporkan belum lagi membuahkan hasil.

Kini bahkan muncul pula peristiwa tular yang menyusul yang membabitkan sosok seorang wanlta berambut panjang di tengah sungai yang dikatakan ‘keras’ oleh warga setempat.

Penampakan sosok wanlta tersebut telah menggemparkan warga setempat yang datang ke lokasi pencarian untuk melihat proses pencarian serta warganet yang menyaksikannya melalui rakaman video yang tular di media sosial.

Penampakan wanlta itu dikaitkan dengan keadaan di sekitar lokasi yang diketahui sebagai ‘keras’.

Malah penduduk setempat ada menyatakan bahawa hampir setiap tahun ada sahaja orang yang mati di lokasi pencarian tersebut kerana kemalangan.

Dari hasil carian, kejadian itu berlaku pada hari Sabtu (20/3/2021). Wanlta berambut hitam panjang itu muncul di tengah-tengah pasukan pencari dan menyelamat yang sedang mencari mang.sa di sungai Tukad Petanu.

Dalam video tersebut, wanlta itu hanya memakai baju berwarna hitam, tidak berpakaian seragam seperti petugas yang terlibat dalam proses pencarian tersebut.

Dia dilihat berjalan di sepanjang tebing sungai sambil memegang batu.

IDENTITI WANlTA MlSTERl DIDEDAHKAN

Misteri penampakan wanlta di sungai Tukad Petanu itu walau bagaimanapun terjawab selepas disahkan dari Ketua Basarnas Bali, Gede Darmada.

“Dia adalah tetamu (warganegara asing) yang kebetulan tinggal berhampiran lokasi kejadian,” katanya.

Wanlta itu dilaporkan berasal daripada Mexico. Oleh kerana dia tinggal berdekatan lokasi pencarian dan memahami seluk-beluk sungai Tukad Petanu, dia telah mengambil inisiatif untuk turut mencurahkan tenaga dalam operasi pencarian tersebut.

Menurut Darmada, operasi pencarian telah dibesarkan hingga ke tiga kecamatan yang melintasi sungai Tukad Petanu. Air sungai itu sangat deras dan dipenuhi dengan batu.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Ayu Ardanu telah terjatuh ketika menunggang motosikal bersama dua orang.

Mang.sa Ni Ketut Rindit (55), ibu kandung Ardani, ditemui mening.gal dunia. Hanya Putu Kevin Rmansa (9), anak Ardani, yang dilaporkan terselamat daripada kejadian itu.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber/Kredit : Siakap Keli via ASN

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*