Kelihatan Burung Burung Kelilingi Atas Kaabah Ketika Tiada Seorang Manusia Disitu. Subhanallah

Berikutan jangkitan COVID-19 yang berlaku di Arab Saudi, kawasan sekitar Kaabah terus ditutup bagi mencegah tersebut daripada terus merebak.

Terbaru, sebuah video dikongsi IlmFeed menunjukkan sekumpulan burung berterbangan dalam lingkaran di atas Kaabah menjadi perhatian penonton di Instagram.

Rakaman video berdurasi 23 saat itu memaparkan sekumpulan burung berkenaan berlegar-legar dari kiri ke kanan selain berkicauan mengelilingi atas Kaabah.

Meninjau ruangan komen, terdapat individu yang mempersoalkan mengenai maksud tersirat di sebalik kejadian tersebut yang menerima pelbagai maklum balas netizen lain.

Ramai kagum melihat kebesaran Allah SWT dengan mengucapkan rasa syukur serta menyatakan sekumpulan burung itu seakan-akan membuat tawaf seperti yang dilakukan jemaah.

View this post on Instagram

A flock of birds fly in circles above the Ka'bah 🕋

A post shared by IlmFeed (@ilmfeed) on

Burung lakukan perkara sama seperti manusia

Allahuakbar

“Ia tidak membawa maksud apa2” – Admin

Walaupun pemilik Instagram mengatakan kejadian itu tidak membawa sebarang maksud, namun netizen mengeluarkan pendapat masing-masing yang percaya bahawa setiap kejadian berlaku pasti ada hikmahnya

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber : BorakDaily

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*