Keluarga Adib Letak Harapan Kepada Peguam Negara Baharu, Tan Sri Idrus Harun Untuk Cari Kebenaran

KUALA KEDAH – Keluarga Allahyrham Muhammad Adib Mohd Kassim menyandarkan harapan kepada Peguam Negara baharu, Tan Sri Idrus Harun bagi mencari kebenaran di sebalik kemat1an Allahyrham hampir dua tahun lalu.

Bapa arwh, Mohd Kassim Abdul Hamid, 65, berkata, mereka masih menunggu tindakan seterusnya, namun masih belum nampak sebarang perkembangan selepas Mahkamah Koroner memutuskan punca kemat1an arwh adalah akibat perbuatan jnayah pada 27 September tahun lalu.

Mohd Kassim memberitahu, dia mahu melihat pelaku yang menjadi punca kemat1an Allahyrham anaknya segera dihadapkan ke muka pengadilan.

“Jangan buat seperti lepas, apabila dah tukar kerajaan dan Peguam Negara baharu ini, biarlah ada jalan baharu juga untuk keadilan (buat Allahyarham Muhammad Adib).

“ Kami masih menunggu apa tindakan seterusnya selepas Mahkamah Koroner memutuskan kemat1an arwh disebabkan perbuatan jnayah,” katanya semasa ditemui di rumahnya di Kampung Tebengau, Kuala Kedah.

“ Rakyat Malaysia tahu perkembangan kes ini (setakat mana), saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang membantu terutama peguam yang memberikan perkhidmatan percuma kepada keluarga saya,” katanya.

Mohd Kassim berkata, mereka sekeluarga tidak akan tenteram selagi pelaku yang menjadi punca kepada kemat1an arwh tidak ditangkap.

Jelasnya, beliau juga yakin bahawa rakyat di negara ini juga mahu pelaku tersebut menerima hukuman setimpal selain mahu mengetahui kebenaran di sebalik peristiwa berkenaan.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Mohd Kassim berkata, beliau difahamkan peguam keluarganya sedang membawa kes saman terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas ke Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Selasa ini.

“ Surat pemberitahuan mengenai perkara itu sampai tiga hari lalu. Saya mengharapkan kes ini akan dapat berjalan lancar,” katanya.

Pada 27 November 2018, Muhammad Adib parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.

Bagaimanapun, selepas 21 hari bertarung ny4wa, Allahyrham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara (IJN).

Rindu bapa terluah setahun selepas pemergian Muhammad Adib

Walaupun sudah genap setahun pemergian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, segala kenangan bersama arwh masih segar dalam ingatan dan tidak akan pernah dapat dilupakan.

Itu antara luahan yang disampaikan bapa arwh Adib, Mohd Kassim Abd Hamid, 63 tahun, menjelaskan saat-saat bersama arwh adalah perkara pertama yang muncul di fikirannya apabila setiap kali nama Muhammad Adib disebut dihadapannya.

Walau bagaimanapun, beliau dan keluarganya sentiasa redha dengan ketentuan ini dan menyifatkan kehidupan keluarganya tetap berjalan seperti biasa walaupun tanpa kehadiran arwh Adib disisi.

“ Itu kehidupan kami macam biasa, kita tunggu (keputusan) setahun yang lepas, kita cuma duduk tunggu keputusan inkues, pastu dah okay, tunggu keputusan yang betul, kisah sebenar apa yang terjadi, tunggu sahaja, kehidupan kami macam biasa cuma … (tapi) kenangan (bersama Adib) tu adalah … kenangan (ibu bapa) terhadap anak kami.”

Mohd Kassim berkata demikian ketika ditemui wakil Astro AWANI di kediamannya di Kampung Tebengau, Kuala Kedah awal pagi tadi.

Sementara itu, pemergian arwh Muhammad Adib, sewaktu bertugas bukan sahaja menghadirkan rasa sayu buat seluruh rakyat negara ini malah ianya merupakan satu kehilangan besar buat penduduk di sekitar kampung asalnya, di Kampung Tebengau, Kuala Kedah.

Menurut Ahli Jawatakuasa Kariah Masjid Kampung Tebengau, Zulkifli Shaari, 59 tahun, ketiadaan insan seperti Muhammad Adib sememangnya dirasai memandangkan arwh merupakan antara anak muda sering ke masjid dan bergaul bersama ahli kariah di situ…

Tambahnya yang juga seorang pesara guru, sikap arwh yang sentiasa merendah diri dan menghormati semua orang juga sangat disenangi penduduk menyebabkan insan yang bernama Muhammad Adib sentiasa dekat di hati mereka.

“ Arwh Adib men1nggaI dn1a dalam keadaan trag1s, jadi kita sangat terkilan kalau arwh tidak dibela, tidak patut sangat, kena bela juga (bagi) keadilan.

“ Arwh ada menyertai semua aktiviti masjid, maklumlah dia kerja kalau cuti baru ikut serta aktiviti,, memang adalah (sertai) dengan ayah dia, sebab ayah dia orang masjid, tiap waktu ada, dan dia pun baik dengan keluarganya sendiri, kereta pun dia bagi, semua dia buat,” katanya.

Zulkifli turut menyifatkan arwh sebagai seorang yang hebat yang banyak berjasa dan menyenangkan keluarganya walaupun beliau telah men1nggaI dn1a setahun yang lalu.

Tegasnya, dia berharap agar anak muda bukan sahaja di Kampung Tebengau malah di luar sana dapat mencontohi sikap Muhammad Adib yang berani dan sanggup berk0rban dalam mempertahankan kesejahteraan negara.

Tanggal 17 Disember tahun lalu, sekitar jam 9.41 malam sejarah hitam tercatat buat seluruh rakyat Malaysia, apabila wira negara, Muhammad Adib disahkan men1nggaI dn1a selepas hampir tiga minggu bertarung ny4wa di Institut Jntung Negara, Kuala Lumpur.

Allahyrham sebelum itu dilaporkan mengalami kcderaan p4rah sewaktu menjalankan tugas dalam insiden rus uhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang jaya, pada 27 November, 2018.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber: cempedakcheese

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*