Akhirnya Mira Filzah Mengaku Sudah Bertunang. Keluarga Bakal Suami Rupanya Bukan Calang Calang

PELAKON popular Mira Filzah mengesahkan dia sudah bertunang dengan kekasihnya Wan Emir Astar yang juga anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid.

Bagaimanapun, Mira ketika ditemui enggan mendedahkan secara terperinci mengenai pertunangannya itu.

“ Status sekarang dah bertunang,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran platform digital Nurflix di Bukit Jelutong, Shah Alam, hari ini.

Bakal Berkahwin Oktober

Mira juga tidak menafikan mengenai persiapan majlis perkahwinannya yang dikatakan bakal berlangsung Oktober ini.

“ Saya dah bersedia (untuk berkahwin) dan kini sedang dalam fasa ‘on-going’ (persediaan). Kalau berapa peratus persediaan yang sudah dilakukan, saya tak dapat jawab kerana masih di peringkat awal,” katanya.

Menurut pelakon filem Sangkar ini, dia akan maklumkan kepada media sekiranya semuanya berjalan dengan lancar.

“ Insya-Allah, memandangkan kerajaan pun sudah membenarkan jumlah tetamu untuk majlis perkahwinan adalah 250 orang, tentunya saya akan sediakan tempat untuk rakan-rakan media. Apa-apa pun, saya akan maklumkan sekiranya semuanya sudah siap sedia,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan mengenai desas desus hubungan Mira dan Emir yang dikukuhkan lagi apabila adiknya, Aina Fadhilah memanggil Emir dengan gelaran BIL (brother in law) atau abang ipar.

Terbaru, Mira bakal muncul dalam program terbaru Nurflix, berjudul Mira Mira On The Wall dan akan memulakan penggambaran tidak lama lagi.

Siapa Wan Emir Astar? Jejaka ini dikatakan bakal mengikat tali pertunangan dengan Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32, Mira Filzah.

Spekulasi tercetus selepas aktres itu mendedahkan dirinya sedang mengenali hati budi seseorang yang bukan daripada kalangan penggiat industri hiburan.

Biodata Wan Emir Astar

1. Pemilik nama Wan Emir Astar.

2. Berumur 30 tahun.

3. Berkerjaya sebagai arkitek.

4. Mempunyai firma seni bina dan perusahaan perniagaan sendiri.

5. Anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar, YB Datin Mastura Mohd Yazid.

6. Bapanya yang juga bekas Ahli Parlimen kawasan sama (Kuala Kangsar) iaitu Allahyarham Datuk Wan Mohamad Khair-il Wan Ahmad, telahpun terlebih dahulu meninggal dunia akibat tragedi helikopter di Sarawak pada tahun 2016.

TRENDING SANGAT

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*