Kematiian Kucing Jalanan Bernama Bob Diratapi Peminat Di Seluruh Dunia

Kucing kesayangan yang memberikan ilham kepada buku popular, A Street Cat Named Bob telah mennggaI dnia pada usia 14 tahun. James Bowen, pemiliknya pertama kali bertemu Bob pada tahun 2007 semasa bertarung dengan masalah ketagihan ddah. Ketika itu dia mendapati kucing itu terbiar serta cedera dan memutuskan untuk menjaganya.

Bowen kemudian menulis satu siri buku mengenai hubungan mereka, termasuk A Street Cat Named Bob yang menjadi hit di seluruh dunia dan dijadikan filem pada tahun 2016. Di dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi, penulis mengatakan Bob yang mennggaI dnia pada hari Isnin lalu telah menyelamatkan nyawanya.

Bowen memberitahu Bob mengajarnya lebih daripada erti persahabatan. Walaupun hanya lah seekor kucing, Bob membantunya menemui arah dan tujuan hidupnya yang hilang pada satu ketika dahulu. Malah, kejayaan yang mereka berjaya capai bersama-sama juga adalah sesuatu yang ajaib.

A Street Cat Named Bob: And How He Saved My Life diterbitkan pada tahun 2012 dan sejak itu terdapat lima lagi buku yang dikeluarkan dalam lebih dari empat puluh bahasa yang berbeza. Filem kedua, A Gift from Bob yang juga menampilkan kucing tersebut akan ditayangkan akhir tahun ini.

Hodder & Stoughton and James Bowen are saddened to announce the death of Bob the cat on 15 June at the age of at least…

Posted by A Streetcat Named Bob on Tuesday, June 16, 2020

Sejak pertama kali mengambil Bob, pasangan itu dengan segeranya tidak dapat dipisahkan apabila dia sering membawa kucing tersebut ketika dia bermain muzik jalanan dan menjual buku The Big Issue di jalan-jalan di London

Kematiian Bob turut diratapi oleh peminat di seluruh dunia apabila namanya muncul sebagai trending nombor satu di laman Twitter selepas berita kematiiannya diumumkan. Rata-rata peminat memberikan salam takziah di atas kehilangan kucing yang cukup bermakna dalam hidup Bowen itu.

AMAZING NARA

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*