Aliff Syukri Takkan Bertaubat Dan Minta Maaf Sebab Bukan Keperluan Untuknya. Memang Pedas Kata Kata Aliff Syukri Ini

Terdahulu, Nor Hidayah mendkwa kereta milik arwh suaminya diambil pihak keluarga mentua, dia tidak menerima harta peninggalan selain beberapa kekangan timbul hingga memaksanya berpindah ke rumah ibunya sebelum tamat tempoh idah.

Soalan dilontarkan Aliff dan jawapan dikeluarkan daripada mulut Nor Hidayah ternyata mencetus kemarahan Ali yang menyifatkan kedua-dua pihak tidak wajar membuka a1b kepada khalayak.

Dalam satu sidang media khas diadakan baru-baru ini, Ali menjawab dan menafikan setiap dkwaan dilemparkan terhadapnya berhubung cara dia mengendalikan harta arwh yang ditinggalkan.

Ali menegaskan, dia tidak sesekali akan mengambil hak anak yatim mahupun balu abangnya itu sebaliknya berhasrat untuk membantu memudahkan urusan dari segi pembahagian harta mahupun hutang-hutang yang perlu diselesaikan.

Usahawan produk kosmetik Aliff Syukri Kamaruzaman tampil mempertahankan tindakannya susulan kntrovrs1 yang tercetus sewaktu membuat kunjungan ke kediaman balu arwh pelawak Abam, Nor Hidayah Mohd Ali.

Aliff berkata, dirinya bukan seorang penjenayah, justeru bukan satu keperluan untuknya bertaubat atas tindakannya memuat naik sesi temu bual bersama Nor Hidayah ke saluran media sosial miliknya.

Aliff mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai respons kepada adik Abam, iaitu Ali Puteh yang menasihatkannya agar segera bertaubat ketika pintu taubat masih terbuka.

“ Suruh bertaubat, kena minta maaf, ada yang kata saya jahat dan tak ada adab, semua tu salah.

“ Tolong jangan cakap saya perlu bertaubat disebabkan perkara ni, saya bukan penjenayah,” katanya melalui Insta Story.

Aliff sekali lagi menegaskan bahawa dia menyimpan segala bukti persetujuan diperolehi daripada Nor Hidayah sebelum mereka meneruskan sesi temu bual tersebut.

Katanya, kehadirannya itu juga bukan bertujuan meraih publisiti sebaliknya untuk menyerahkan sumbangan dan mengucap takziah kepada bekas akauntan tersebut.

“ Saya datang nak bantu bagi duit, datang secara beradab untuk ucap takziah, semua tu ada simpan rekod. Yang mana kata saya suka posting video itu telah diminta kebenaran.

“ Ketika rakaman secara langsung dibuat, balu arwh tahu malah muat naik di Facebook pun dia tahu. Jadi tak ada istilah siapa nak laga siapa.

“ Semua yang terjadi tanpa dirancang, saya sendiri terkejut,” katanya.

Pada masa sama, Aliff berkata, dia bakal membuat laporan polis terhadap pihak yang cuba menjatuhkan maruah dan reputasinya.

“ Saya akan buat laporan polis dan sidang media supaya nama saya tak diburuk-burukkan nanti,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber: Malaysia Kini

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*