Kenali Superintendan Shafa’aton, KPD Wanita Pertama di Selangor Sejak 2018

Dua video yang tular menerusi laman sosial Facebook atas nama akaun Hot Burger Malaysia semalam, mendedahkan mengenai kegiatan premis mesin judi dan aktiviti penjualan rokok seludup dan operasi perniagaan haram dalam kalangan warga asing. Satu video berdurasi 13.28 saat sudah ditonton oleh 3.6 juta orang selepas 18 jam disiarkan, satu lagi video berdurasi 8.29 saat ditonton oleh 1.4 juta penonton.

Dalam video yang tular menerusi Facebook Hot Burger Malaysia yang dikongsikan pemilik akaun Facebook Asri Janggut, petang semalam, dia membangkitkan isu kegiatan perjudian di beberapa unit kedai dan kegiatan penjualan rokok seludup.Selain itu dia turut mendakwa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan poIis disyaki menerima suapan daripada sindiket yang menjalankan kegiatan haram berkenaan.Dengan pendedahan oleh Asri Janggut ini, satu sidang media telah diadakan di Ibu Pejabat PoIis Daerah (IPD) Sungai Buloh oleh ketua poIis daerah

KPD Sungai Buloh sifatkan dkwaan judi ftnah

Sebelum ini Ketua PoIis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar, berkata individu terbabit tidak pernah tampil memaklumkan kepada poIis kewujudan premis judi dan penjualan rokok seludup oleh warga asing dari Aceh, di kawasan berkenaan.

Shafa’aton berkata, tindakan pengadu itu memuat naik dua video secara langsung menerusi akaun Facebook Hot Burger Malaysia semalam boleh menimbulkan ftnah dan merosakkan imej Ketua PoIis Daerah Sungai Buloh, Ibu Pejabat PoIis Daerah (IPD) Sungai Buloh, Ketua PoIis Balai Sungai Buloh, PoIis Diraja Malaysia dan Ketua PoIis Selangor.

Berikut sedikit maklumat ringkas mengenai KPD Sungai Buloh yang mula menjadi perhatian netizan selepas kes Asri Janggut tular

Kenali Superintendan Shafa’aton, KPD wanita pertama di Selangor 2018

Ketua PoIis Daerah (KPD) Sungai Buloh,dilantik pada November 2018, adalah pegawai poIis wanita pertama di Selangor yang dilantik ke jawatan berkenaan.

Superintendan Shafa’aton Abu Bakar, 42, berasal dari Mersing, Johor, sebelum ini adalah Pegawai Turus (PT) Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita, Penderaan dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah, PoIis Kontinjen Kuala Lumpur.

Ketua PoIis Selangor ketika itu, Datuk Mazlan Mansor, berkata, pelantikan Shafa’aton, semalam, adalah satu sejarah untuk PoIis Kontinjen Selangor, yang mendapat seorang pegawai wanita sebagai KPD baharu.

“ Saya yakin dia mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang KPD berdasarkan pengalamannya sepanjang lebih 21 tahun berkhidmat dalam pasukan PoIis Diraja Malaysia (PDRM). Pelantikannya juga adalah satu daripada perancangan Ketua PoIis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, yang ingin mendedahkan pegawai poIis wanita bertugas mengetuai sesebuah daerah,” katanya selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan KPD Sungai Buloh

Hadapi Cabaran Baru

Beliau berkata Shafa’aton bakal menghadapi cabaran baharu apabila ditempatkan di daerah Sungai Buloh berikutan situasi kawasan berkenaan yang dianggap sebagai satu kawasan penuh dengan cabaran.

“ Saya percaya dengan pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki beliau khususnya dalam bidang jnayah, tiada masalah yang tidak dapat diselesaikannya,” katanya.

Sementara itu, Superintendan Shafa’aton berkata keutamaan yang akan dilakukan sejurus dilantik sebagai KPD Sungai Buloh adalah memastikan keselamatan penduduk di kawasan berkenaan.

“Apa yang penting adalah segala penguatkuasaan undang-undang harus dilaksanakan demi keselamatan, kesejahteraan dan keharmonian masyarakat.Saya akan menggunakan segala pengetahuan dan pengalaman yang ada dalam melaksanakan tugas ini disamping bekerjasama dengan semua pihak,” katanya.

Sebelum berkhidmat di PoIis Kontinjen Kuala Lumpur, Shafa’aton pernah dilantik sebagai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, PoIis Daerah Port Dickson serta pegawai penyiasat kanan.

“Tidak mahu tuding mana-mana pihak”-Asri Janggut

“ Tiada yang ganggu. Saya serah 100 peratus kepada Allah.”

Demikian kata pemilik perniagaan Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, berikutan pendedahan menerusi videonya yang menimbulkan kontroversi sejak dua hari lalu berkaitan kewujudan beberapa premis judi, aktiviti penjualan rokok seludup serta operasi perniagaan haram dalam kalangan warga asing di sekitar Jalan Besar, Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor.

Katanya beliau sendiri tidak menyangka pendedahannya itu akan menarik perhatian umum kerana hanya berkongsi masalah sebenar di kawasan berkenaan.

“ Kepada pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan peniaga lain, saya minta maaf.Lillahi Taala (kerana Allah), saya tiada masalah dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan tidak marah sedikitpun.Cuma, ada rasa cemburu apabila MBSA ‘kacau’ kedai saya tetapi tidak ambil tindakan terhadap kedai rokok seludup dan judi hingga mereka dapat beroperasi sehingga jam 3 pagi ketika premis lain sudah ditutup,” katanya menerusi siaran langsung yang disiarkan di Facebook Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), hari ini.

Siaran langsung itu diadakan selama hampir sejam bermula jam 12.30 tengah hari dan turut dihadiri ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.Mohd Asri berkata, apa yang membuatkannya terkilan ialah apabila premis judi masih terus beroperasi walaupun selepas aduan dibuat kepada poIis.

“ Saya terkilan kerana sudah membuat aduan di Bahagian Perjudian (dan Maksiat) Ibu Pejabat PoIis Bukit Aman menerusi panggilan telefon meminta poIis datang dan periksa pusat judi bebas dibuka. Apabila buat aduan, tutup dua hari kemudian ‘on’ balik (dibuka semula). Saya pergi pula hantar aduan kepada jabatan integriti tetapi tidak jalan (tiada tindakan) sebaliknya ada sindiket pula yang berjumpa budak saya (kakitangan) dan bertanya kenapa saya mengganggu perniagaan mereka.

“ Kiranya, aduan itu sudah dibuat sejak tiga bulan lalu tetapi keadaan masih sama tetapi tidak sangka pula jadi begini (kontroversi),” katanya.

Bagaimanapun, Asri meminta orang untuk berhenti mengecam pihak poIis sebaliknya mengajak semua bersama-sama membantu pihak berkuasa membanteras kegiatan perjudian atau aktiviti lain yang tidak bermoral.

“ Tolong henti kecam poIis. Mereka ini permata harapan. Mari sama-sama bantu poIis dan saya minta persatuan penduduk serta qariah masjid untuk turut sama memainkan peranan,” katanya.

Sementara itu, Nadzim berharap orang ramai tidak menuding jari terhadap mana-mana pihak dalam isu itu.

“ Sebaiknya kita bersama mengambil tindakan, tidak mahu salahkan pihak berkuasa, tak mahu menuding jari.Selain itu, kita minta kepada pegawai kerajaan sama-sama membantu memudahkan urusan mereka yang mempunyai masalah perniagaan. Kalau boleh, kita nak wujudkan keharmonian,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Artikel dan penulisan di dalam ini juga tidak melambangkan pendapat peribadi pihak kami.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*