Isteri Abam Cerita Anaknya Mencari Ayah Tiap Malam. Rupanya Ada Sebab Kenapa Hamzah Mesti Mencari Abam

Siti Nurhidayah Mohd Ali berkata, situasi itu membuatkan dirinya sebak kerana Allahyrham Abam memang rapat dengan anak tunggalnya itu.

“ Anak macam tertanya-tanya mana pergi bapanya, kepada saya,” demikian menurut isteri kepada pelakon dan pelawak terkenal, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau Abam yang men1nggaI dun1a, Isnin lalu.

“ Selalu bila malam, anak kami akan kacau arwh dan tepuk belakang Abam. Sebelum tidur dia akan kacau arwh, dah berapa malam anak kami mencari mana Abam.

“ Dia tepuk-tepuk saya macam tahu ayah dia sudah tiada. Setiap malam akan jadi macam itu selepas arwh pergi,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette, hari ini.

Menceritakan hal itu, Nurhidayah berkata, anaknya Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey akan sentiasa memanjat perut Abam setiap malam sebelum tidur.

B4lu Allahyrham Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, Nor Hidayah Mohd Ali bersama anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey bercakap semasa temubual di rumahnya, Kampung Sungai Salak Gombak, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 14 FEBRUARI 2020.

Malah memasuki hari kedua ketiadaan Abam, Syed Uthman Hamzah yang kini lapan bulan lebih banyak diam dan sesekali menangis.

“ Sejak Abam tak ada ni, anak kami masih sihat. Alhamdulilah, dan tidak banyak meragam,” jelas Nurhidayah.

Ditanya samada terdapat perubahan drastik sebelum arwh pergi selamanya, Nurhidayah berkata, suaminya ada menyatakan hasrat untuk menikmati asam pedas dan cendol.

Jadi mereka sekeluarga pergi ke Melaka bagi memenuhi permintaan Abam pada Khamis lalu.

“ Sebelum arwh men1nggaI, Khamis tu dia cakap teringin sangat nak makan asam pedas. Lepas itu dia ajak saya pergi Melaka dan makan asam pedas.

“ Yang pertama itu tidak ikut selera dia, lepas itu petang kami makan lagi. Siap cakap ini baru puas makan asam pedas.

“ Malam Khamis itu dia nak makan cendol durian, dia seorang yang makan. Hari Jumaat dia cakap nak demam,” katanya lagi.

Reaksi anak Allahyarham Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey di rumahnya, Kampung Sungai Salak Gombak, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 14 FEBRUARI 2020.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: OH BULAN

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*