Kerajaan Sepatutnya Tidak Kedekut Dengan Rakyat. Mereka Memerlukan Bantuan – DS Najib Razak

Kerajaan pada hari ini diingatkan oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak agar sentiasa peka dengan keadaan yang sedang ditanggung oleh rakyat. Ini terutama golongan yang terjejas teruk akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bagi memutuskan rantaian penularan CoV-19.

Perintah Kawalan Pergerakan yang sepatutnya sudah berakhir untuk beberapa kali terpaksa diteruskan kerana penularan CoV-19 masih lagi aktif dalam kalangan rakyat Malaysia. Namun kerajaan pada hari ini memberi sedikit kelongaran dengan memperkenalkan PKPB.

Najib Razak sebelum ini memperingatkan kerajaan agar memberikan langkah terbaik bagi membantu rakyat serta mempermudahkan proses dalam memberi bantuan kepada rakyat.

“Kerajaan sepatutnya tidak kedekut dengan rakyat ketika mana rakyat memerlukan bantuan dan perhatian dari kerajaan” – Katanya dalam laman facebook pada april lalu.

“Golongan yang berada di bawah golongan B40 dan M40 perlu dibantu dengan memberi pakej lanjutan bantuan. Ini kerana bukan disebabkan oleh mereka malas atau tidak produktif namun hakikat sekarang yang tidak mengizinkan mereka keluar mencari rezeki demi kelangsungan hidup keluarga”

Jadi apa yang berlaku pada hari ini bukan kerana rakyat, namun disebabkan sesuatu yang tidak boleh dibendung (CoV-19).

Tan Sri Muhyiddin sebelum ini telah mengumumkan pakej ransangan ekonomi bagi membantu rakyat dari segi meringankan beban kewangan yang sedang ditanggung rakyat.

Bantuan-bantuan telah dibayar mengikut peringkat. Bantuan Prihatin Nasional merupakan antara bentuk keprihatinan kerajaan kepada rakyat sebelum ini diharapkan dapat membantu sedikit sebanyak kewangan mereka.

Jangkaan tiada pekerjaan

Di media sosial pula dapat kita lihat perbahasan di kalangan warganet yang mengatakan bahawa negara berkemungkinan besar tidak akan memberi peluang pekerjaan yang banyak sehinggalah pandemik dunia ini selesai.

Jadi angka pengangguran dijangka akan meningkat selepas ini apabila graduan tidak dapat bekerja dalam bidang yang mereka mahukan disebabkan oleh kesempitan peluang pekerjaan.

Maka ada di antara rakyat Malaysia meminta agar kerajaan persekutuan memberi perhatian kepada perkara ini sekiranya isu CoV-19 masih lagi berlanjutan lebih lama.

RENTAS KINI

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*