Kerajaan Sekarang Akan Hancurkan Melayu – Tun M

Jika Melayu hendak hancur, kerajaan pimpinan Muhyiddin sekaranglah yang akan menghancurkan mereka, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa kerajaan sekarang mewarisi kerajaan kleptokrat sebelum ini.

“ Betapa tidak. Kehendak rakyat mudah digugurkan dan kerajaan pemimpin mereka yang mudah mungkir janji, yang utamakan kepentingan diri, yang mudah terpengaruh jawatan dan upah, yang kebanyakan tidak mempunyai kelayakan selain dari menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, kerajaan seperti ini akan rosakkan dan hancurkan negara termasuk orang Melayu,” katanya dalam blognya hari ini.

Hari ini, menurut Mahathir, tokoh-tokoh yang menyokong Muhyiddin sibuk menawar jawatan dan wang untuk menambah sokongan dan siapa yang menolak tawaran mereka akan diugut dan didera.

“ Saya ucap syabas kepada mereka yang berani tolak tawaran Muhyiddin dan sanggup digugur dari parti (secara tidak sah) dan kehilangan pelbagai peruntukan untuk kawasan.

“ Orang seperti ini sahaja yang boleh selamatkan negara dan orang Melayu. Percayalah mereka yang sanggup menjual diri mereka, mereka yang terima “cash is king”, mereka ini akan hancurkan negara bersama orang Melayu,” katanya lagi.

Adakah anda rasa kerajaan pimpinan Muhyiddin mewarisi kerajaan Kleptokrat dan bakal rosakkan negara dan orang Melayu?

Artikel asal adalah dari penulisan Malaysia Politik

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*