Berpelukan Sebelum Pergi Kerja, Kata Kata Anak Kecil Jururawat Meruntun Jiwa Ramai

Pengamal perubatan seperti kaki tangan hospital dan pegawai kesihatan adalah antara komponen penting negara ketika ini. Mereka sedaya upaya untuk mengawal dan berusaha sehabis baik untuk menangani w4bak koronav1rus yang kian menular di kalangan rakyat Malaysia.

Mulai hari ini, Perintah Kawalan Pergerakan telah berkuat kuasa, namun malangnya masih lagi terdapat segelintir masyarakat seperti tidak endahkan amanah yang telah dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia dua hari lalu. Sangat mengecewakan, dilihat ramai yang masih lagi berjalan-jalan diluar dan makan di kedai-kedai seperti tiada apa yang perlu dirisaukan.

‚ÄúKerana mereka degil, tak mahu duduk rumah‚Ķ‚ÄĚ

Sebuah dialog luahan antara seorang misi bersama anak perempuannya menyentuh jiwa ramai. Anak kecil yang polos itu dilihat bertanyakan situasi yang sedang dialami oleh negara dan luahan misi tersebut sudah tentunya membuatkan ramai tersentak!

” Mak nak pi keja ka?”

” Ya nak. Mak nak pi dah ni.”

” Bila mak balik?”

” Taktau lagi. Bos kata balik mak balik la. Kalau ramai sangat kat hospital tu lagi susah mak nak balik.”

” Makin ramai ka mak?”

” Ya nak. Tiap tiap hari ada kes baru.”

” Kenapa macam tu mak?”

” Kerana mereka degil nak. Mereka takmau duduk rumah. Mereka nak keluar juga berjalan sana sini tanpa sebab. Mereka masih minum minum di kedai kopi. Mereka masih gigih nak balik kampung tanpa alasan munasabah. Mereka fikir mereka tak akan terjebak, mereka kebal, mereka redho dengan ketentuan tanpa sebarang ikhtiar, mereka pentingkan diri tanpa fikir orang yang berkerja macam mak.”

‚ÄúNanti mak balik, kita bersalam pun tak boleh‚Ķ‚ÄĚ

” Baik mak. Nanti mak balik kita peluk lagi ya.”

” Tak boleh nak. Nanti mak balik kita nak bersalam pun tak boleh. Mak kena kurung diri dalam bilik. Sampai mak yakin mak sihat baru kita peluk peluk ya.”

” Baik mak. Kami di rumah tunggu mak. Ayah, abang, adik semua tunggu mak. Mak jangan lama lama sangat ya. Kami rindu mak.”

Maka meliriklah mata anak itu melihat ibunya pergi. Pergi berjuang berjihad demi kesinambungan hidup sebahagian masyarakat yang pentingkan diri, hingga terabai kebahagiaan dan keselamatan anak anak sendiri. Entah bila balik pun taktau lagi, entah balik dengan sihat atau terjebak pun belum tentu lagi.

‚ÄúKita ni sedap2 lagi pergi¬†shopping mall‚Ķ‚ÄĚ

Kita ni, sedap sedap lagi ke shopping mall, sedap sedap bawa anak bini balik kampung, sedap sedap berkelah di tepi pantai. Kita ingat kita punya sedap ja. Mereka yang bermatian di barisan hadapan ni hanya bangkai. Tak penting langsung. Tak perlu fikir susah dia, tak perlu fikir sakit dia. Tapi kalau kita sakit, KITA CARI DIA #doakamibersamakalian

Orang ramai kini diseru untuk tidak keluar kemana-mana tanpa tujuan dan hanya duduk didalam rumah sahaja selama dua minggu ini sahaja. Ini adalah untuk mengurangkan penyebaran w4bak cov1d 19 dan sekaligus menyenangkan kerja pihak kesihatan yang sedang bertukus lumus saat ini.

Terima kasih para pejuang negara. Sanggup bergadai ny4wa dan berk0rban untuk menyelamatkan ny4wa rakyat Malaysia. Kami hargai jasa anda semua.

Kredit Foto:Nina Mohamad

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*