Kerana Semangkuk Kari Ayam Seorang Ayah Melalui Detik Hitam Dalam Hidupnya

Siapa saja di antara kita tak pernah makan kari ayam, betul tak? dan ramai yang menjadi kari makanan kegemaran. Tetapi tidak bagi lelaki ini, kern apa dia bakal lalui merupakan mimpi ngeri beliau

Tiada siapa yang menduga, dengan hanya menikmati semangkuk gulai kari ayam, lelaki dari United Kingdom ini bakal melalui detik hitam dalam hidupnya apabila disahkan mengalami kelumpuhan dan koma seluruh badan!

David Braham, 40, pada hari kejadian sedang menikmati kari ayam yang dibeli daripada sebuah kafe sambil menyaksikan anaknya bermain rugby sebelum gulai kari tersebut mencetuskan satu sindrom jarang-jarang berlaku, Sindrom Guillian-Barré.

Sindrom Guillian-Barré adalah situasi dimana antibodi badan dicetuskan dan menyerang sel-sel sihat dan sistem saraf penting badan.

Akibatnya, David mengalami kelumpuhan daripada muka hinggalah ke bahagian bawah badan dan terpaksa bergantung kepada ventilator selama empat bulan disebabkan ketidakupayaannya untuk bernafas sendiri.

Pada awalnya, David beranggapan bahawa rasa tidak sedap badan yang dialaminya ketika itu mungkin berpunca daripada makanan yang dibeli daripada kafe tepi dan normal. Namun, keadaannya bertambah teruk sehingga terpaksa dikejarkan ke Hospital Princess Wale dan ditahan selama empat hari.

Diberi antibiotik, David kemudian dibenarkan pulang ke rumah tetapi keadaan semakin meruncing apabila keesokkan harinya tubuhnya mengalami kelumpuhan sepenuh dalam tempoh 24 jam.

Selepas dikejarkan ke hospital semula, barulah doktor dapat mengesahkan bahawa David mungkin mengalami keracunan makanan campylobacter yang mencetuskan sindrom tersebut.

David kemudian diletakkan dalam keadaan koma selama empat minggu dan tepaksa bergantung hidup dengan ubat ventilator selama empat bulan.

Kini, setelah keadaan kembali normal, David dapat mengimbas kembali keadaan yang menimpanya itu.

”Saya merasakan semuanya baik-baik sahaja sehinggalah saya menikmati kari ayam. Hanya makanan biasa dan saya yakin itu adalah puncanya,” kata David.

”Malamnya saya merasa tidak sedap badan. Keadaan itu berlarutan hampir seminggu sehinggalah satu ketika, badan saya sudah tidak boleh digerakkan.

”Saya tidak tahu sama ada saya berpeluang untuk melihat anak saya atau berjalan kembali,” katanya.

Lapan bulan selepas kari ayam tersebut hampir meragut nyawanya, David hampir pulih dan mampu berjalan semula.

”Saya perlu belajar untuk menggosok gigi dan mencucikan diri sendiri semula. Saya mengambil masa selama tiga bulan untuk kembali boleh menggerakkan kaki saya. 

”Rasa seperti bayi yang baru dilahirkan. Otak saya tahu untuk melakukannya tetapi anggota badan saya tidak memberi respon,”.

Sumber : The Sun via Siakap Keli

1 Comment

  1. Kari ayam pun boleh buatkan lumpuh..mak oooooi….jaga jaga wahai rakyat Malaysia tersayang sebab sini bukan main hentam kari ayam setiap hari…tak tahu plak pasai apa boleh jadi begini ya,pasai virus ka,bakteria ka????

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*