
Di China terdapat pelbagai benda dan barangan yang boleh dipalsukan termasuk daadah yang haram. Salah seorang yang telah terkena dan tertipu ketika membeli daadah ialah seorang lelaki bernama Wang Nan dari Bandar Lianyungang, Wilayah Jiangsu.
Pada 15 Januari, Wang Nan telah membeli dadaah jenis sya bu daripada seorang lelaki bernama Zhou. Dengan tidak disangka, ketika mahu menggunakannya, sya bu itu didapati palsu kerana Zhou telah menggantikannya dengan sebungkus gula batu.
Oleh kerana Wang Nan berasa sakit hati kerana telah ditipu dan untuk mendapatkan wangnya kembali, Wang Nan telah membuat laporan polis di balai polis berdekatan. Apabila pihak polis menyoalnya mengenai daadah sya bu itu, Wang Nan telah mengaku yang dia telah mengambil daadah dan akhirnya dia ditahan.
Ketika ditahan dan membuat laporan polis, Wang Nan secara jujur telah mendedahkan yang dia telah membeli 1.59 gram sya bu daripada seorang pengedar daadah bernama Zhou pada 15 Januari dengan harga 1400 yuan (kira-kira RM800). Selepas mendapat bekalan itu, Wang Nan membawa ‘sya bu’nya ke rumah untuk dihisap, tetapi dia berasa lain. Didapati objek keras berwarna putih gula itu adalah gula batu. Wang menjadi sangat marah dan mahukan wangnya kembali.
Pihak polis kemudian memeriksa dan menimbang ‘sya bu’ itu yang berada di tangan Wang Nan, dan ternyata keterangan Wang Nan adalah benar bahawa daadah yang dibelinya adalah palsu kerana ia hanya terdiri daripada bungkusan gula batu.
Oleh kerana Wang Nan tidak berselindung dan terus mengaku bahawa dia adalah penagih daadah dan pernah memiliki daadah, maka dia telah ditahan oleh pihak polis. Dan tidak lama kemudian, oleh kerana Wang Nan memberi petunjuk mengenai pengedar daadah bernama Zhou, maka Zhou juga telah ditangkap dan ditahan polis.
Sumber : Shihua Daily , Kwong Wah
Kredit Artikel : Era Baru
Leave a Reply