Kerana Tidak Jujur Lelaki Ini Akan Berdepan Dengan Masalah Yang Besar Dan Apa Dia Buat Memang Tidak Berbaloi

Kadang kadang kita tidak pernah berniat untuk buat jahat tetapi ada bisikan yang mengajak kita untuk buat jahat.

Jarang ada manusia yang bangun tidur je dah niat akan buat jahat kecuali dia memang seorang yang jahat. Kadang kadang dalam hidup kita tidak pernah buat jahat tetapi perasaan ingin tahu dan letak tepi sekejap hukum Allah SWT dan undang undang buat kita nak buat jahat.

Ada tu yang tidak pernah sekali pun buat jahat tetapi dengan cubaan pertama seumpama tiada nasib dan terus kantoi. Mari baca kisah dibawah.

Kesian abg ni kantoi ngan CCTV bas…klu die jujur mesti x kene cekup polis.

SEORANG pengawal keselamatan yang ‘kantoi’ mencuri dompet penumpang wanita di dalam sebuah bas di sekitar Shah Alam, Ahad lalu, akhirnya dicekup polis, awal pagi tadi.

Kejadian itu menjadi tular apabila kamera litar tertutup (CCTV) merakam perbuatan lelaki berusia 30 tahun yang turut berada di dalam bas Rapid Selangor berkenaan.

Klip video itu memaparkan seorang wanita bersama tiga kanak-kanak perempuan duduk di bahagian belakang sebelum mereka turun bersama dari kenderaan awam berkenaan.

Wanita yang turut membawa beg galas itu bagaimanapun tertinggal beg tangan sebelum disedari suspek yang kemudian menyelongkar dan mencuri dompetnya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, mangsa menaiki bas itu di Seksyen 19, kira-kira jam 9 pagi.

Menyedari beg tangannya tertinggal, dia kemudian kembali bertanyakan kepada pihak syarikat bas namun mendapati dompetnya sudah tiada.

Bertindak atas maklumat, kita menahan suspek di sebuah rumah di Seksyen 20 pada jam 1.15 pagi tadi dan turut membawa kepada penemuan barangan milik mangsa.

Selain dompet, ia antaranya MyKad dan lesen memandu mangsa, tiga MyKid dan lima kad ATM.
Suspek yang masih bujang mempunyai rekod lampau berkaitan dadah namun saringan air kencing ke atasnya didapati negatif bahan haram itu.

Suspek akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Sila ke minit 3:41 untuk melihat terus apa yang terjadi sebenarnya

Sumber: Gerbang Ehsan ( Facebook )

Edited: KL Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*