Kereta BMW Ini Tersadai Tepi Jalan. Polis Sekarang Sedang Jejak Pemilik Kereta Tersebut. Rupanya Kereta Ini Telah Buat Sesuatu Yang Tidak Elok

Kuching: Polis sedang mengesan pemandu BMW berwarna putih yang terbabit dalam kejadian langgar lari sehingga menyebabkan seorang penghantar surat khabar ma ut, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu, berkata berdasarkan semakan pihaknya, kereta berkenaan didaftarkan atas nama sebuah syarikat.

Bagaimanapun katanya, ketika pegawai penyiasat pergi ke alamat yang didaftarkan, syarikat terbabit didapati sudah tidak lagi beroperasi.

“Setakat ini tiada sesiapa yang datang menuntut kereta berkenaan dan belum ada yang tampil mengaku memandu kereta itu ketika kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sehubungan itu orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu dan mengetahui pemandu kereta terbabit ketika kejadian, diminta menghubungi polis untuk membantu siasatan.

Alexson berkata, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam kejadian pada jam 6.15 pagi semalam, seorang penghantar surat khabar ma ut dalam kejadian langgar lari di Jalan Tun Jugah, di sini.

Mangsa, Chong Kui Hin, 67, yang menunggang motosikal jenis Honda C100 dalam perjalanan menghala ke Kuching Sentral, ma ut di tempat kejadian akibat kece deraan parah di kepala.

Mangsa dirempuh kereta jenis BMW itu dari belakang menyebabkannya tercampak ke bahu jalan.

Kereta yang melanggar mangsa bagaimanapun melarikan diri, namun ditemui ditinggalkan di tepi Jalan Airport, berhampiran Kuching Sentral.

Kereta BMW yang kemek di bahagian depan itu kemudian ditunda ke Balai Trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching untuk tindakan lanjut.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*