Ketika SKMM Buat Pemeriksaan Akaun IG Sajat, Ini Yang Mereka Jumpa

Penilaian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap konteks keseluruhan kandungan berbentuk gambar serta keterangan yang dimuat naik di akaun media sosial usahawan kosmetik, Nur Sajat, mendapati tiada sebarang elemen kesalahan.

Menerusi kenyataan kepada BH, suruhanjaya itu memperincikan kandungan yang dimuat naik menerusi laman Instagram usahawan kontroversi berkenaan tidak memenuhi elemen kesalahan berunsur lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, menggugat atau mengganggu orang lain.

“ Penelitian bagi mengenal pasti wujud sebarang elemen salah laku itu dikendalikan SKMM seperti yang termaktub mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998).

“ (Oleh itu), tiada tindakan lanjut setakat ini daripada SKMM,” katanya, hari ini.

Nur Sajat atau nama penuhnya, Muhammad Sajad Kamaruzzaman, sebelum ini dilaporkan mengundang kontroversi apabila mengenakan pakaian jemaah wanita dan berada di ruang solat wanita ketika di Makkah sehingga tular di media sosial.

Jurucakap Albayt Travel (M) Sdn Bhd, semalam berkata, Sajat mengaku sebagai lelaki dan tidak pernah memberitahu beliau adalah seorang khunsa ketika mendaftar untuk mengerjakan umrah.

Bagaimanapun, syarikat itu mendakwa Sajat menukar keterangan apabila memberitahu mutawwif di Tanah Suci bahawa dirinya seorang khunsa.

Tindakan itu mendapat kecaman dan kritikan masyarakat, termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof, yang mengakui pihaknya menerima banyak aduan daripada jemaah dan mereka yang menyaksikan perbuatan Sajat berpakaian wanita, selain bergaul dan berada di ruang solat muslimat.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi, kelmarin dilaporkan berkata, lesen agensi pelancongan yang menguruskan umrah Sajat boleh dibatalkan jika mengulangi kesilapan sama pada masa depan.

Selain itu, kementerian berkenaan bersama pegawainya akan bertemu dengan pengurusan agensi terbabit dan menasihatkan mereka untuk lebih teliti dengan pengurusan jemaah umrah.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: Bharian

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*