Khalid Samad Mohon Ampun Kepada Allah SWT Dan Rasullulah SAW. Ini Respond Dr Maza Tentang Itu

KUALA LUMPUR 16 Dis. – Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad memohon maaf di atas salah faham berhubung kenyataan beliau sehingga mewujudkan tanggapan Pakatan Harapan (PH) mahu menutup kelemahan dalam melaksanakan manifesto dengan menyandarkannya kepada Nabi Muhammad SAW.

Khalid yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, beliau tidak berniat menyandarkan kelemahan PH kepada peribadi Rasulullah atau menuduh baginda mungkir janji.

Jelasnya, apa yang ingin disampaikan adalah manusia hanya mampu berusaha, namun bukan semua yang diusahakan akan dapat terlaksana sepenuhnya.

“Saya menerima segala teguran yang dibuat dengan hati terbuka dan terima kasih.

“Jika ada yang faham begitu (seolah Rasulullah mungkir janji), saya memohon maaf dan memohon ampun kepada Allah SWT dan Rasulnya,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Khalid dalam Konvensyen Amanah hari ini dilaporkan berkata, Nabi Muhammad SAW juga pernah tidak dapat menunaikan janji apatah lagi manusia biasa,

Beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, kegagalan kerajaan menunaikan janji bukan disengajakan tetapi akibat kekangan semasa iaitu tidak mempunyai sumber kewangan mencukupi.

Sumber Artikel : Utusan Online

Ini Respond Ustaz Asri @ Dr Maza Tentang Isu Khalid Samad

Tahniah kerana berjiwa besar. Setiap kita membuat kesilapan ataupun tersasul, namun yang penting kita akur, memohon keampunan dan membetulkannya.

Orang politik sukar mengakui kesilapan atas kepentingan sokongan. Justeru, jika ada yang mudah mengakui kesilapan bila terbukti maka kita patut hormati sikap yang baik itu.

Elakkan memaki hamun dan mencerca orang lain. Itu bukan ajaran Islam. Itu amalan golongan politik yang mempergunakan Islam.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*