Dikebumikan Pagi Kelmarin, Pendakwah P0puIar PU Azman Baru Sahaja KehiIangan Insan Tersayang, AIfatihah

” Cikgu.. Pergi jugak cikgu. Tak sempat nak ziarah. Terima kasih cikgu, atas segala curahan ilmu selama ni. Saya pasti akan rindukan segala kenangan. Tak boleh lagi nak dengan celoteh cikgu lepas ni..”

Demikian luahan pendakwah popular PU Azman yang baru sahaja kehilangan insan tersayang, bekas gurunya ketika belajar di Maahad Ahmadi, Gemencheh, Negeri Sembilan.

PU Azman yang berkongsi dua hantaran di Instagram menganggap pemergian gurunya itu merupakan kehilangan besar buat masyarakat Islam setempat.

” Hari ini bumi Gemencheh menyaksikan perjalanan terakhir seorang murobbi. Cikgu Yunus bin Parot.

” Biar foto berbicara. Aku ingin menjadi salah seorang daripada ratusan malah ribuan muridmu yang menyaksikan kebaikannya melepasi tembok sekolah.

” Kau tidak hanya mengajar subjekmu di dalam kelas, malah mendidik jiwa kami tentang makna hidup.

” Selepas aku meninggalkan bumi Maahad, bila mengimbas zaman sekolah, antara yang menjadi inti bualan ialah keletah cikgu melayan karenah kami.

” Sikap tegas, lucu dan sporting cikgu, cukup adunan untuk kami menganggapmu bukan sekadar insan yang makan gaji, tapi pendidik yang tabah membentuk kemanusiaan kami.

Cina di pasar pun tak percaya

” Cikgu, kalau cina di pasar pun tak percaya dengan pemergianmu, apatah lagi kami anak muridmu.

” Untuk segala pengorbananmu, sikap yang membahagiakan kami, segala ilmu yang kau curahkan, hanya Allah saja yang mampu mengganjarnya.

” Antara impiannya dan cetusan ideamu ialah membentuk Alumni Maahad Ahmadi yang mana beberapa hari lepas telah selesai peringkat awal perjumpaan dan perancangan.

” Tapi taqdir yang tertulis, telah menetapkan cikgu tak sempat melihat perancangan ini direalisasikan. InsyaAllah, pesan cikgu akan membimbing kami untuk meneruskan impian dan tanggungjawab untuk menggalas mandat alumni ini.

” Buat ahli warismu cikgu (balu dan anak-anak), biarpun ucapan takziah kami tak mampu mengubat sepenuhnya kesedihan mereka yang menjadi fitrah untuk sebuah kehilangan, tapi kami menyaksikan keberuntungan mereka mewarisi drah seorang insan yang dicintai dan disenangi ramai.

” Cikgu, kami ini muridmu yang serba kekurangan membalas baktimu. Seandainya kami dilihat hebat, itu adalah kerana kau adalah guru kami.

” Berehatlah dengan tenang cikgu. Doa kami mengiringimu. Sebelum kami sendiri menyusulimu.

” – PU Azman- (muridmu yang selalu tidur dalam kelas)

Berdasarkan carian, Almarhum Ustaz Yunus bin Parot memegang jawatan sebagai Pengetua di Maahad Ahmadi Negeri Sembilan atau singkatannya MANS.

MANS dipercayai merupakan pecahan daripada sebuah sekolah agama tertua ditubuhkan di Negeri Sembilan iaitu Sekolah Ugama Menengah Tinggi atau singkatannya SUMT yang ditubuhkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 1 Jun 1956.

Sekolah ini bermula dengan hanya 40 orang pelajar lelaki yang pada ketika itu ditempatkan di Istana Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Al-fatihah buat Allahyrham dan tkziah buat ahli keluarga dan juga buat PU Azman.

Sumber:IG PU Azman dan wikipedia

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*