Lelaki Ini Jumpa Surat Cinta Cina Korea Tahun 1996 Dalam Botol Di Terengganu, Ia Kisah Cinta Tidak Restui

“ SURAT itu mengisahkan hubungan cinta yang dihalang orang tua, dan meminta sesiapa yang menemui surat itu mendoakan penulis mempunyai jodoh dengan kekasihnya,” kata Tengku Mohd Ali Tengku Mansor, 76.

Tengku Mohd Ali atau lebih mesra dipanggil Ayahku mempunyai hobi pelik iaitu mengumpul botol terbuang yang hanyut dan terdampar di Pantai Penarik dan Mangkuk sejak lebih 15 tahun lalu.

Katanya, ia ditulis dalam bahasa Cina dan Korea yang ditulis pada 1996 kerana ia tercatat pada surat berkenaan.

Menurutnya, botol berisi surat berkenaan ditemui di Pantai Butir Lengtang, Besut, pada 2011 dan ia koleksi paling berharga buatnya ketika ini.

TENGKU Mohd Ali menunjukkan surat kisah cinta terhalang yang ditemui di dalam botol. FOTO Ahmad Rabiul Zulkifli.

“ Seorang pelancong yang boleh berbahasa Korea menterjemah sebahagian isi surat berkenaan, namun ia tidak diterangkan secara jelas.

“ Cuma dia mendakwa surat itu berkaitan hubungan cinta terhalang dan meminta sesiapa yang menemui surat berkenaan turut sama mendoakan mereka,” katanya ketika ditemui di Rumah Botolnya di Kampung Mangkuk, Setiu.

Menurutnya, sebelum ini dia menyangka perbuatan meletak surat di dalam botol dan menghanyutkannya ke laut hanya ada di kaca televisyen, namun ia wujud dan dilakukan di sesetengah negara.

Katanya, mungkin itu cara individu berkenaan meluahkan perasaan atau meminta hajat.

“ Botol dan surat itu menjadi koleksi paling berharga kerana rata-rata pengunjung tertarik dengan kisahnya.

“ Saya turut menyimpan satu lagi botol yang mengandungi surat dipercayai dari Kepulauan Hawaii.

“ Malangnya, penutup botol itu tidak dapat dibuka, malah surat di dalam botol itu juga sudah hancur,” katanya yang menemui botol itu di Pantai Pulau Kerengga, Marang pada 2006.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber : Hmetro

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*