Kisah Ronaldinho Yang Dahulunya Kaya Raya, Sekarang Tinggal RM27 Dalam Poket

Bekas bintang bola sepak dunia, Ronaldinho ketika ini pasrah menerima hukuman penjara selama enam bulan selepas didapati bersalah menggunakan pasport palsu.

Musibah terbaru ini menambah derita Ronaldinho yang satu ketika dahulu sangat berjaya tetapi kini dibebani dengan masalah kewangan dan muflis.

Difahamkan putaran hidupnya berubah apabila Ronaldinho kembali ke Brazil selepas mengakhiri karier panjang di Eropah.

Selepas khidmatnya berakhir di AC Milan pada Januari 2011, pemain yang dikenali dengan barisan gigi depannya yang unik itu pulang ke Brazil untuk beraksi bersama Flamengo.

Selain mendapat gaji 100,000 pound sterling (RM540,000) seminggu, dia juga masih memperoleh pendapatan menerusi tajaan iklan seperti CocaCola, EA Sports, Gatorade, Nike dan Pepsi.

Jika digabung secara keseluruhannya kontraknya itu, pendapatan Ronaldinho boleh menghampiri 100 juta pound sterling (RM540 juta).

Ronaldhino ketika ini memenuhi hukuman penjara di Paraguay.

Nasibnya mula berubah pada 2012 apabila Flamengo tidak mampu membayar penuh gajinya dan memutuskan untuk memotong gaji pemain itu.

Daripada dibayar 100,000 pound sterling, ia menurun menjadi 24 ribu pound sterling (RM131,000) seminggu sekali gus Ronaldinho berasakan ia tidak mencukupi untuk membiayai kehidupannya.

Dia kemudian berhijrah ke kelab Atletico Mineiro, Queretaro dan Fluminense. Selepas itu, kontrak lumayan menerusi tajaan iklan tidak lagi disambung.

Ketika pendapatannya terus merosot, Ronaldinho masih mengamalkan gaya hidup yang tinggi sekali gus menyaksikannya berdepan masalah kewangan yang serius.

Dia terpaksa menggadaikan beberapa aset peribadi untuk membayar kesemua hutang dan baki yang tinggal dipoketnya difahamkan hanya sekitar 5 pound sterling (RM27)

Ronaldinho Muflis, Hanya Ada RM23.86 Dalam Akaun Dan Kereta Kena Tarik

Bintang bola sepak terkenal dunia,¬† Ronaldinho¬†Ga√ļcho telah menggumumkan persaraannya dalam arena bola sepak secara rasmi pada awal Januari tahun 2017.

Pemain yang terkenal dengan gelaran ‚ÄėKing of Skill‚Äô ini telah menjalani karier profesional selama 20 tahun dengan mewakili pasukan kebangsaan Brazil dan beberapa kelab terkenal di Eropah seperti, Barcelona dan AC Milan.

Selepas pengunduran Ronaldinho, peminat bola sepak saban hari mendengar berita yang kurang enak tentang pemenang Ballon D’Or tahun 2005 itu.

Pelbagai isu dan kontroversi telah timbul membabitkan dirinya sehingga menyebabkan status kewangan beliau terjejas dan hampir terancam untuk muflis.

Terbaru, menerusi mendedahan dari¬†Football-Italia, sumber tersebut melaporkan bahawa Ronaldinho kini hanya memiliki wang simpanan sekitar¬†‚ā¨5 atau lebih kurang (RM23.86) di dalam akaun kewangan peribadi miliknya.

Lebih parah, Ronaldinho dilaporkan sedang terjerat dengan krisis hutang dengan jumlah nilai yang tinggi disebabkan hukuman yang dikenakan ke atasnya oleh kerajaan Brazil.

Hukuman dari Mahkamah

Football-Italia mendakwa krisis kewangan yang dihadapi Ronaldinho diyakini berpunca dari hubungan tidak baik dengan pemerintah kerajaan Brazil.

Isu ini mula tercetus pada tahun 2015 apabila beliau dan abangnya Roberto Asis telah membangunkan sebuah rumah di daerah Porto Alegre tanpa mempunyai permit yang sah dengan kata lain membina rumah tanpa mendapat keizinan kerajaan.

Selain itu, Ronaldinho juga telah bekerjasama dengan sebuah anak syarikat bernama Ren Constructions and Incorporations Ltd. untuk membina sebuah kilang gula dengan platform perikanan dan dermaga di kawasan pemuliharaan tetap di Tasik Guaíba juga tanpa memohon kebenaran kerajaan.

Akibatnya, pemain berusia 38 tahun itu telah dikenakan hukuman sebanyak £1.7 juta (RM 9 juta). Bagaimanapun, pihak mahkamah tempatan melaporkan bahawa mereka hanya menerima bayaran dari Ronaldinho sebanyak £5 (RM26.94) sahaja.

Dek kerana gagal melunaskan pembayaran seperti yang di perintahkan, pihak makhamah melakukan tindakan awal dengan menyita pasport Ronaldinho dan Asis.

Seperti laporan, jumlah wang pembayaran yang dikenakan keatas mereka berdua semakin meningkat kepada¬†‚ā¨2 juta (RM9.545 juta) setakat ini.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*