KJ Nak Ajar Rafizi Ramli Sesuatu Yang Amat Berguna Di Masa Hadapan

SHAH ALAM – Sekeping gambar tiga pemimpin yang berbeza parti menarik perhatian media sosial hari ini.

Bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkongsi gambar bersama Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menurut kapsyen gambar tersebut, mereka bertiga bertemu untuk makan tengah hari, hari ini.

Lucunya, Khairy Jamaluddin yang dijoloki dengan ‘tagline’, ‘tall dark and hadsome’ sempat berseloroh mahu mengajar Rafizi cara menggunakan ‘filter’ sebelum memuat naik gambar selepas ini.

“Temu janji makan tengah hari nanti, saya akan ajar awak macam mana nak guna fungsi ‘filter’,” tulisnya membalas kepada Rafizi pada gambar tersebut.

Rafizi membalas, “haha ya, lain kali saya tak akan muat naik sehingga saya kuasai fungsi ‘filter’.”

Ciapan mereka itu mendapat pelbagai reaksi netizen malah ada yang ‘tolong’ mengedit gambar wajah Khairy dengan lebih cerah.

Ada juga yang menyifatkan Khairy perlu menjadi dirinya yang secara semula jadi tinggi, gelap dan kacak.

‘Sekali sekala, kami jumpa untuk makan tengah hari bersama’

KUALA LUMPUR: Rafizi Ramli mendedahkan, beliau dan Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin serta Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar memang kadang-kala ada berjumpa untuk makan tengah hari bersama.

Dalam sebuah foto yang dimuat naik menerusi laman Twitternya pada Isnin, bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata, meskipun mereka daripada parti politik yang berbeza, mereka memiliki aspirasi yang sama.

“Kami berkongsi aspirasi yang sama, iaitu untuk melihat Malaysia yang mampu menjana kekuatan dari perbezaan yang kita ada, memahami penuh serta menghormati perbezaan tersebut,” katanya.

Khairy bagaimanapun membalas posting tersebut dengan berseloroh, meminta Rafizi mempelajari cara untuk ‘filter’ (menyunting) foto itu terlebih dahulu sebelum memuatnaiknya.

Rafizi kemudian membalas pula dengan berkata, “Saya tidak akan memuatnaik gambar sebelum mahir menggunakan ‘filter’ terlebih dahulu.”

Bekas timbalan presiden PKR itu terkenal dengan sikapnya yang lantang dalam bersuara.

Beliau baru-baru ini mengakui pernah dikeji dan dimaki ketika mendedahkan kepincangan mengenai Tabung Haji (TH) pada 2015.

Manakala Khairy pula dikenali dengan sikapnya yang sering mempunyai pandangan serta pendirian sendiri dalam partinya, UMNO, serta sentiasa memperjuangkan pendekatan parti yang lebih progresif.

Sumber : Astro Awani, Sinar Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*