KKM Dedah Jumlah Kerugian Jika PKP Diteruskan Sebulan Lagi

Ramai yang dilihat meluahkan rasa gusar dan ketidak puasan hati mereka dengan PKPB yang telah umumkan oleh kerajaan semalam di media sosial. Pelaksanaan PKPB ini akan membuka semula sektor ekonomi dan ini bermakna perniagaan serta premis-premis akan dibuka semula seperti biasa, mengikut standard SOP yang telah ditetapkan.

PKPB ini akan mula dilaksanakan pada isnin (4 Mei) ini dan para peniaga dibenarkan untuk beroperasi. Rakyat Malaysia kebanyakannya dilihat khuatir jika wujidnya kluster-kluster baru dan jngkitan wbak COVlD-19 ini meningkat setelah PKPB ini dilaksanakan.

Rugi 2.4 bilion sehari sejak hari pertama PKP

Kementerian Kesihatan Malaysia dilihat memuat naik satu kenyataan di Facebook berhubung pelaksanaan PKPB dan menjelaskan mengapa perkara ini dilaksanakan.

Sebab utamanya adalah untuk menyelamatkan ekonomi negara dan kehidupan rakyat yang telah kehilangan sumber pendapatan.

Salah satu sebab kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula Isnin, 4 Mei ini kerana mahu menyelamatkan ekonomi negara dan kehidupan rakyat yang telah kehilangan sumber pendapatan.

Dianggarkan RM2.4 bilion kerugian sehari di Malaysia sejak PKP pertama dikuatkuasakan (18 Mac) dan kerugian sehingga kini dianggarkan sekitar RM63 bilion.

Jika PKP diteruskan dalam tempoh sebulan lagi, Malaysia dijangka kerugian RM35 bilion dan menjadikan jumlah keseluruhan kerugian RM98 bilion.

“Pemulihan ekonomi ambil masa yang lama…”

Ini sudah tentu memberi kesan sangat besar kepada kesejahteraan rakyat kerana pemulihan ekonomi mengambil masa yang lama.

Dalam mencari jalan mengimbangi keperluan untuk memulihkan ekonomi negara dan kepentingan membendung wbak COVlD-19, maka kerajaan perlu bersetuju untuk melaksanakan PKPB tetapi secara berhati-hati dan terkawal.

Sektor yang dibenarkan beroperasi telah diperhalusi dan mereka perlu bertanggungjawab untuk mematuhi sepenuhnya SOP yang ditetapkan KKM

“Membiasakan diri dengan norma2 baharu…”

Kejayaan proses pemulihan ini banyak bergantung kepada diri kita sendiri. Tanggungjawab kita sendiri untuk mematuhi semua langkah-langkah pencegahan dan telah membiasakan diri dengan norma-norma baharu dan menjadikannnya sebagai gaya hidup seharian.

Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membebaskan negara daripada vrus ini dan masa yang sama memastikan ekonomi terus kukuh.

Peranan anda yang mula bekerja Isnin ini adalah mematuhi semua SOP di tempat kerja. Bagi anda yang tidak terlibat pula, duduklah di rumah saja.
Jangan ke sana ke sini. Memutuskan rantaian COVlD-19 kini ditangan kita. Laksanakan tanggungjawab kita. Patuhi PKP, jangan ingkar.

“Apa yang kerajaan buat ini untuk kebaikan rakyat juga…”

Sudah semestinya, kenyataan dimuat naik oleh KKM ini telah menerima pelbagai pandangan dan pendapat sama ada positif atau negetif daripada warga Malaysia di ruangan komen.

Seram, Aznil Beri Bayangan Kelonggaran PKP Bakal Ikut Jejak Jepun

Agak menyeramkan apabila rakyat Malaysia akan bebas untuk ke sana ke sini di saat negara belum benar-benar puli1h dari wab4k Covi1d-19. Begitulah yang disuarakan oleh hos dan selebriti popular Aznil Hj Nawani atau lebih mesra dipanggil Pak Nil.

Menerusi posting terbaru di Instagram, beliau memuatnaik keratan akbar mengenai isu yang melanda di negara Jepun. Difahamkan kawasan utara di pulau Hokkaido, Jepun dilanda gelombang kedua jangk1itan COVI1D-19 selepas tempoh lockdown berakhir lebih tiga minggu lalu.Menurut Daily Mail, selepas 26 hari berlalu, wbak itu kini kembali muncul semula dengan mencatatkan kira-kira 135 baharu pada minggu ini.

Pengerusi Persatuan Perubatan Hokkaido, Dr. Kiyoshi Nagase meluahkan rasa kesal sepatutnya mereka tidak perlu menghentikan darvrat pertama negara (lockd0wn).

“Bagitau Kat Orang Atasan Please“

Menerusi kapsyen yang ditulis , Pak Nil menasihat orang ramai supaya faham dengan situasi yang berlaku pada saat ini dan memohon orang atasan supaya peka.

“Tak pandai cakap omputihlah. Boleh yg bijak pandai tolong terjemahkan dan bagi tau kat orang atasan please”

Rata-rata peminat bersetuju dengan kenyataan Pak Nil termasuk penyanyi, Nourul Depp yang meluahkan rasa geram terhadap keputusan ini.

Dari sisi lain, PKPB sebenarnya bergantung kepada rakyat untuk berfikir sebaik yang mungkin. Mungkin ramai yang tak sedar, PKP sebenarnya sudah mendidik kita supaya berdisplin untuk menjaga jarak sosial dan tidak keluar rumah .

Apa- apa pun kerajaan dah laksanakan tanggungjawab dengan jayanya, tiba pula masa rakyat untuk laksanakan tugas masing-masing jaga jarak, kerap cuci tangan

“Kita kena berdikari, mentaliti kena matang & bijak”

Semoga Allah lindungi kita semua…

TRENDINGSANGAT

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*