Kluster baharu dikesan di Bukit Jalil, tak sangka ini mungkin puncanya

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan satu kluster baharu dikesan di Depot Tahanan Imigresen di Bukit Jalil di sini, membabitkan 35 kes positf C0vid-19, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata semua kes positf itu membabitkan bukan warganegara Malaysia iaitu 17 warga Myanmar, 15 (India), dan masing-masing seorang warga Sri Lanka, Bangladesh dan Mesir.

645 sampel telah diambil, 35 positf

“Sehingga jam 12 tengah hari tadi, seramai 645 orang diambil sampel secara keseluruhan yang mana 35 kes positf C0vid-19, 400 kes negatif dan 210 masih menunggu keputusan.

“Mereka berada dalam tahanan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac lalu dan ada antara mereka yang dihantar pulang. Kami dimaklumkan ada yang positf menerusi ujian dilaksanakan di negara asal.

“Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) menjalankan saringan di sebuah blok A di depot itu dan mendapati 34 kes positf hari ini manakala semalam satu kes dan kini mereka diasingkan serta diberi rawatan.

“Pelbagai langkah pencegahan dan kawalan sudah dijalankan seperti proses nyahkuman, pendidikan kesihatan merangkumi penjagaan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dengan air dan sabun serta penekanan mengenai penjarakan sosial.

‚ÄúPunca jngkitan masih dalam siasatan dan tidak menolak kemungkinan mereka dijngkiti melalui pengendali makanan,‚ÄĚ katanya pada sidang media harian C0vid-19 di sini, hari ini.

Beliau berkata, KKM menyediakan perkhidmatan kesihatan ke semua pusat depot tahanan secara berjadual oleh pasukan kesihatan dari Klinik Kesihatan yang terdekat.

Katanya, anggota pasukan kesihatan terbabit merangkumi pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan, jururawat terlatih dan jururawat masyarakat dengan perkhidmatan diberi antaranya rawatan penyakit ringan, rawatan awal kecemasan, pemeriksaan kesihatan ibu hamil, bayi dan kanak-kanak.

‚ÄúKes yang memerlukan rawatan pesakit dalam dan kes kecemasan seperti ibu bakal bersalin dirujuk ke hospital KKM berdekatan. Semua perkhidmatan yang diberikan tidak dikenakan caj fi,‚ÄĚ katanya.

Bagi memastikan kes jngkitan C0vid-19 dapat dikesan sepenuhnya, Dr Noor Hisham berkata, Pejabat Kesihatan Daerah akan meneruskan tindakan seterusnya iaitu menggunakan pendekatan tertumpu membabitkan siasatan, pengesanan kontak rapat, saringan gejala dan pensampelan untuk mengesan kes aktif.

Secara keseluruhan, katanya, saringan membabitkan bukan warganegara ialah seramai 27,198 dan kes positf C0vid-19 ialah 1,367 atau lima peratus, 429 sedang dirawat atau 31.4 peratus dan tiga pesakit masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU), manakala empat kematiian direkodkan.

Beliau berkata, empat lagi kluster yang aktif ialah Pasar Kajang dengan penambahan dua kes baharu menjadikan keseluruhan lima kes dan masing-masing satu kes baharu di kluster Pesantren (232), Sendayan (112) dan Pasar Chow Kit (89).

KKM tamatkan pemantauan 13 kluster

Petugas Jabatan Pejabat Daerah Tanah Petaling menghantar bantuan makanan kepada penduduk di Jalan Othman pada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD). Kementerian Kesihatan mengumumkan sudah menamatkan pemantauan terhadap 13 kluster pandemik C0VID-19. ‚Äď Foto Saifullizan Tamadi.

DALAM perkembangan sama, Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengisytiharkan dua lagi kluster yang tamat menjadikan keseluruhan kluster yang ditamatkan sebanyak 13 kluster setakat ini yang disebabkan pandemik C0vid-19.

Dalam satu kenyataan, 13 kluster itu masing-masing membabitkan Seksyen 6 Bandar Baru Bangi, warga emas (pusat jagaan warga emas), Bandar Baru Bangi (majlis perkahwinan), Selayang (pasar harian), Rembau dan Tabligh Pakistan.

Selain itu, ia turut merangkumi kluster petugas kesihatan Sungai Buloh, Pekan, kilang Pasir Gudang, penduduk Bandar Baru Ibrahim Majid (BBIM), Tabligh Makassar Sabah, Pengerang dan Istana Negara.

‚ÄúKluster berkenaan diisytiharkan ‚Äėtamat‚Äô bermakna tiada lagi kes baharu dicatatkan berdasarkan tempoh masa yang ditetapkan.

‚ÄúKriteria utama untuk menamatkan sesuatu kluster adalah tiada kes baharu selepas dua kali tempoh inkubasi yang mengambil masa selama 14 hari atau satu inkubasi iaitu 28 hari selepas tarikh gejala bagi kes yang terakhir atau tarikh positf C0vid-19 jika kes terakhir tiada gejala,‚ÄĚ katanya di sini, hari ini.

Menurut kenyataan itu, sebagai contoh, kluster A, tarikh positf kes terakhir (tiada gejala) dalam kluster tersebut ialah 1 April, ini bermakna jangkaan tamat bagi kluster A ialah 29 April.

Dalam hal ini, tempoh antara 1 hingga 29 April adalah bersamaan 28 hari.

Hari ini! 50 kes baru C0vid-19, tiada kematiian

DALAM pada itu, tiada korban baru berkaitan C0vid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan keseluruhan mngsa kekal 114 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata 50 kes jngkitan baru dilaporkan, menjadikan keseluruhan mngsa yang dijngkiti 7,059 orang sehingga kini.

“Ingin dimaklumkan daripada 50 kes baru yang dilaporkan, 3 kes adalah kes import yang mendapat jngkitan di luar negara.

“Daripada 47 kes penularan tempatan, 41 kes adalah bukan warganegara Malaysia di mana 35 kes dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) di Bukit Jalil.

‚ÄúMereka ini berada di dalam tahanan sejak sebelum bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac 2020,‚ÄĚ katanya pada sidang media hari ini.

Noor Hisham berkata ketika ini, seramai 1,149 pesakit sedang dirawat.

Daripada jumlah tersebut, 10 di unit rawatan rapi dengan 7 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, Hisham mengumumkan 90 pesakit C0vid-19 pulih dan dibenarkan keluar wad, menjadikan keseluruhan mngsa yang sembuh 5,796 orang sehingga kini

HIBURAN ALL HMT

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*