Komen ‘Keyboard Warrior’ Tuduh Benda Bukan-bukan Pada Ustazah Farhana, Dan Akhirnya Ini Yang Terjadi

Ustazah Farhana Ibrahim, 27, yang dilaporkan hilang baru-baru ini rupa-rupanya bermalam di surau untuk tidur. Bagaimanapun, beliau masih sukar untuk mengingati apa yang berlaku sepanjang kehilangannya.

Rata-rata netizen di media sosial menarik nafas lega apabila ustazah itu berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan. Namun ada seorang individu memuat naik komen yang menimbulkan kemarahan netizen.

Petang semalam, rakyat Malaysia bersyukur lepas Ustazah Farhana yang dilaporkan hilang semenjak Isnin lalu ditemui selamat apabila dia muncul dengan tiba-tiba di IPD Kuala Kangsar kira-kira jam 3.15 petang.

Menurut Astro AWANI, Nurfarhana Ibrahim, 27, dalam keadaan sihat walaupun masih lemah dan tidak sabar untuk bertemu dengan anaknya kembali. Pun begitu, admin agak terkejut apabila berita yang sepatutnya disambut gembira tiba-tiba dicemari dengan komen fitnah dan tidak masuk akal.

“Mandi wajib kat surau ka lepas berjimak dengan jantan lain?” 

Menerusi satu perkongsian di Twitter, netizen ternyata sakit hati lepas menjumpai satu komen daripada ‘lelaki bangang’ yang telah memfitnah Ustazah Farhana.

Memperkecilkan penyakit depresi yang dialami guru agama ini, lelaki tersebut tuduh kehilangan ustazah tersebut merupakan sandiwara dan hanya nak tutup perangai jahat berasmara dengan lelaki lain. Astaghfirullah! Apa masalah ko ni brader??

Sumber: Twitter

Raheimi Saad memuat naik kenyataan berikut:

“Sedih baca komen lelaki sorang tu. Sepatutnya dia seorang Islam mendoakan yang baik-baik tapi…” 

“Sedih baca komen lelaki seorang itu. Sepatutnya dia sebagai seorang Islam mendoakan yang baik-baik. Tapi ini tidak, dia siap fitnah ustazah itu. I’m not muslim tapi saya doakan ustazah itu dalam keadaan yang baik-baik saja,” kata netizen.

“Yang duk fitnah ustazah ini berzina, duk curang, mulut itu jaga sikit. Jangan sampai bini korang pula yang jadi macam tu. Melayu punya bawang tak padan dengan muka pecah,” kata netizen yang lain.

Ekoran dikecam teruk oleh netizen, Raheimi Saad tampil memohon maaf kepada keluarga Ustazah Farhana.

“Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada keluarga Ustazah Farhana atas kebiadaban komen saya di Facebook Sinar Harian, Harian Metro dan lain-lain jika ada.

“Saya seorang yang naif dan bertindak mengikut perasaan serta mengalami tekanan jiwa secara melulu membuat komen kepada pihak tuan/puan.

“Sekiranya perlu, saya akan berjumpa dengan pihak keluarga puan untuk memohon maaf secara berdepan. Terima kasih dan mohon maaf,” katanya.

Assalamualaikum, saya ingin mohon maaf secara terbuka kepada keluarga ustazah farhana atas kebiadapan saya komen di…

Posted by Raheimi Saad on Thursday, January 17, 2019

Orang ramai dinasihatkan tidak menyalahkan media sosial dengan tujuan sengaja menyakiti hati dan mengaibkan individu lain. Anda boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya tuan empunya badan membuat laporan polis dan membawa kes itu ke mahkamah.

“Ajar budak-budak sekolah kuatkan iman rupa-rupanya ko yang lesap iman tak kuat”

Ingatkan satu tu je komen yang berbaur fitnah, rupa-rupanya ada lagi yang menghentam ustazah tersebut tak kuat iman pulak gara-gara dia seorang guru agama. Bagi admin, netizen ni semua sedap mulut saja menghukum.

Cubalah kalau korang duduk di tempat ustazah tu, kena berulang alik 300km setiap hari… stress ke tak stress jadinya? Fikir-fikirkanlah.

Sumber: Facebook

Bagi admin, rakyat Malaysia terutamanya keyboard warrior di luar sana tu kena lebih cakna dengan isu depresi yang makin merebak dalam masyarakat. Mereka semua kena tahu bahawa depression bukan isu remeh dan bukan benda yang korang boleh buat melawak.

Mari kita lawan depresi dan sama-samalah beri sokongan dan semangat kepada mereka yang melaluinya. Semoga cepat sembuh Ustazah Farhana!

Sumber Artikel : Depakata / lobak merah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*