Suasana Terkini Gedung Jakel Pada Hari Pertama Dibuka Untuk Pelanggan, Yang Telah Menjadi Perhatian Ramai

TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Demikian peribahasa yang sesuai menggambarkan situasi semasa yang menimpa syarikat tekstil gergasi terkemuka negara, Kumpulan Jakel apabila wujud gelombang memboikot jenama itu di media sosial.

Ia susulan tularnya paparan Instagram Story adik kepada Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel iaitu Muzaffar Jakel yang seolah-olah menghina orang Melayu.

“Salam Ramadan, saya Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel, ingin memberi pencerahan tentang posting yang tular pada 1 Mei baru-baru ini oleh adik saya, Muzaffar yang mana beliau telah membuat satu kenyataan yang menyinggung perasaan seluruh rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu kita.

“Saya juga terkesan dengan posting tersebut. Saya juga marah. Tapi perkara telah berlalu, segala kekhilafan ini berlaku mungkin salah faham. Tapi telah ditokok tambah oleh posting-posting yang tidak berapa tepat dan sebagainya,” ujarnya.

Mohamed Faroz membuat permohonan maaf itu menerusi satu posting video yang dikongsi menerusi laman Facebook rasmi Jakel pada Ahad malam.

Hari Pertama JAKEL Dibuka Untuk Pelanggan

Tular di media sosial gambar gedung JAKEL yang kelihatan seperti tiada orang. Beberapa keping gambar ini telah dimuat naik oleh laman Facebook Oh My Media hari ini.

“Suasana di Jakel Mall. Bagus Jakel, contoh terbaik penjarakan sosial” – Oh My Media

Kesahihan gambar gambar tersebut tidak dapat dipastikan. Tetapi jelas kelihatan tiada pelanggan yang beratur untuk memasuki JAKEL

Sebelum ini tular di media sosial dimana satu gerakkan untuk memboikot JAKEL dilancarkan. Ramai netizen yang menyuarakan bahawa tidak akan membeli pakaian hari raya di JAKEL kerana apa yang terjadi sebelum ini.

Adakah boikot daripada pengguna MELAYU benar benar terlaksana? Adakah masih akan boikot walaupun penerangan dan permohonan maaf telah dilakukan?

RESPON NETIZEN

Senang je, apa yg kita tak suka, jangan ambik tahu dah, bukan nya kat malaysia ni takde gudang baju..

Dalam bulan Ramadan ini, lebih elok kita bermaaf maafan sahaja. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Tiada apa apa kenyataan rasmi dari pihak JAKEL tentang penularan gambar gambar tersebut.

Artikel By: Viddy Media

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*