Kotak Hitam Kedua Lion Air JT610 Ditemui. Rupanya Di Lokasi Ini, Semua Tak Sangka

Kotak hitam kedua perakam suara kokpit Lion Air 610 sudah ditemui pihak berkuasa Indonesia 2 bulan selepas nahas.

JAKARTA – INDONESIA. Perakam suara kokpit (CVR) milik pesawat Lion Air, JT 601 yang terhmpas di perairan Karawang, Jawa Barat pada Oktober lalu telah ditemui.

Ketua Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional Indonesia (KNKT), Haryo Satmiko memaklumkan kotak hitam kedua itu ditemui penyelam tentera pada jam 9.10 pagi (waktu tempatan), hari ini.

“Ia dijumpai tidak jauh lokasi naahas dan diangkut ke kapal tentera laut sebelum dibawa ke Jakarta,” ujarnya.

Minggu lalu, KNKT menyambung semula carian CVR tersebut yang diharap dapat memberikan jawapan tentang punca sebenar naahas pesawat tersebut yang telah meraagut nyawa kesemua 189 penumpang.

Hasil siasatan awal kotak hitam pertama atau perakam data penerbangan (FDR) sebelum ini mendapati petunjuk kelajuan udara pesawat terbabit alami kerosakan. – Agensi

Perakam suara kokpit Lion Air ditemui

JAKARTA: Indonesia sudah menemui perakam suara kokpit daripada sebuah pesawat Lion Air lebih dua bulan selepas pesawat jenis Boeing Co 737 MAX itu terhmpas ke dalam laut dekat Jakarta, meng0rbankan semua 189 penumpang dan anak kapal. Demikian menurut seorang pegawai hari ini (14 Jan).

“Ia sudah ditemui tetapi kami belum menerima maklumat mengenai lokasinya,” kata Haryo Satmiko, Timbalan Ketua Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Indonesia (KNKT), menerusi kiriman teks.

Alat perakam suara kokpit itu adalah salah satu daripada dua kotak hitam yang penting bagi siasatan nahas pesawat tersebut.

Pada 8 Januari, Indonesia melancarkan semula usaha mencari alat perakam suara kokpit itu selepas pesawat berkenaan terhempas ke dalam Laut Jawa pada Oktober lalu.

Nahas itu adalah yang pertama di dunia melibatkan sebuah pesawat jenis Boeing 737 MAX.

Hubungan dengan pesawat Lion Air JT610 itu terputus 13 minit selepas ia berlepas dari Jakarta menuju ke Pangkal Pinang di arah utara, pada 29 Oktober.

Satu lagi kotak hitam, iaitu alat perakam data penerbangan, ditemui tiga hari selepas naahas tersebut.

Sumber : Sinar Harian, Astro Awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*