“Angin mana boleh masuk melalui kulit” Dr Amalina Perli ‘Kepercayaan’ Ibu Mengandung Yang Tak Masuk Akal

Sudah menjadi kebiasaan untuk para ibu yang telah melahirkan anak pasti berpantang mengikut petua orang dulu-dulu. Namun sejak kebelakangan ini, ada sesetengah pihak yang mula mempersoalkan kesahihan cara tradisional tersebut dan membandingkannya dengan amalan moden.

Dr Amalina Che Bakri antara doktor yang sangat prihatin kepada masalah kesihatan dan pengambilan produk kecantikan dalam kalangan kita. Tidak dapat dinafikan, rata-rata antara kita obses untuk memiliki kulit yang putih seperti orang Barat sehingga mempercayai beberapa mitos karut dalam masyarakat Melayu terutamanya ketika kehamilan.

Dr Amalina Bakri telah menjawab beberapa persoalan mengenai kemelut tersebut menerusi laman sosialnya berserta beberapa kenyataan sokongan pakar.

“Berpantang yang boleh bawa kebaikan tak apalah”

Jelasnya, tidak salah jika golongan wanita ingin mengikut petua tradisional sekiranya tidak memudaratkan kesihatan. Walau bagaimanapun, si ibu perlu tahu membezakann apakah perkara yang baik atau tidak untuk tubuh badan. Antara mitos yang sering dipercayai masyarakat kita adalah tubuh badan akan masuk angin apabila tidak memakai stokin sewaktu berpantang. Walhal sebenarnya, perkara itu cuma sekadar untuk faktor keselesaan sahaja.

Obses sangat nak anak kulit putih

Pernah atau tidak anda mendengar kepercayaan orang tua-tua terhadap pemakanan yang diambil para ibu semasa mengandung hingga memberi kesan terhadap warna kulit bayi. Dr Amalina menerusi status di Twitter menegur beberapa kenyataan mengenai mitos pemakanan yang di ambil para ibu ketika mengandung.

Dr Amalina respon kepada status salah seorang pengguna Twitter sebelum kenyataan itu dipadamkan.

Jangan minum kopi, nanti anak keluar jadi hitam.

Minum air bandung, anak jadi Pink Panther agaknya

Respon santai dari Dr Amalina ini turut mendapat perhatian netizen dan menganggap kenyataan tersebut sesuatu yang melucukan. Dr Amalina turut ‘melayan’ beberapa kerenah dari status netizen terhadap pengambilan air warna minuman yang memberi kesan kepada bayi dalam kandungan ibu.

Netizen turut berkongsi beberapa pengalaman dan mitos pemakanan untuk para ibu semasa mengandung.

Menjawab soalan anda tentang angin

Kenyataan itu disangkal oleh Dr. Amalina sambil menyelitkan perkongsian daripada Dr Imelda Balchin yang juga seorang pakar obstetrik dari PPUM. Sebelum ini, pakar tersebut pernah menjelaskan masalah angin dalam badan berpunca daripada masalah penghadaman yang tidak sihat. Bukannya angin masuk melalui kulit atau tapak kaki dan sebagainya. Sistem penghadaman setiap individu bukan sahaja berlainan, malah turut mempunyai reaksi atau tindak balas yang berbeza-beza terhadap setiap jenis makanan.

Betul ke makan kicap nanti anak hitam?

Mungkin anda pernah mendengar pantang larang seperti “jangan makan kicap, nanti anak jadi hitam” atau “jangan minum kopi, minum soya sahaja untuk anak putih”. Itulah mitos yang sering kita dengar dalam fasa kehamilan. Kononnya, pengambilan minuman dan pemakanan sedemikian mempengaruhi warna kulit bayi.

Air soya bagi anak cerah?

Minum kopi anak jadi Black Panther gamaknya

Masyarakat kita mudah percayai terhadap mitos pengambilan minuman dan kesan terhadap warna kulit bayi kelak. Jelas, perkara ini menunjukkan mereka terlalu obses untuk memiliki warna kulit putih.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Twitter Dr Amalina Bakri & Facebook Dr Imelda Bachin

Kredit : OH BULAN / Erin Sakura News

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*