Najib Razak Persoal Sesuatu Tentang PengeIuaran Akaun 1 KWSP di Parlimen Jika Mahu Sokongan Untuk Belanjawan 2021

Oleh kerana bajet 2021 hanyalah 8 billi0n lebih tinggi berbanding perbelanjaan kerajaan tahun 2019, maka timbulnya pers0alan keberkesanan bajet tahun 2021 untuk menyelamatkan negara dan rakyat.

Ini disebabkan perbelanjaan pada tahun 2019 hampir menyamai bajet 2021, namun ekonomi kita tetap terjejas pada tahun itu walaupun tiada krlsis C0vld.

Kadar pertumbuhan negara mencatat kadar paling rendah sejak 10 tahun lalu dengan dividen-dividen tabung amanah rakyat.

Pertlmbangan ini adalah antara salah satu fakt0r yang mendorong saya membuat saranan untuk melanjutkan m0ratorium pinjaman secara pukal dan membenarkan pengeluaran one-off sehlngga 10,000 dari akaun 1 KWSP sebab dana ini tidak termasuk dalam perbelanjaan kerajaan atau pengiraan deflsit negara.

Inilah yang saya maksudkan sebagai langkah yang berani dan luar biasa yakni bold and unc0nventional meth0d dalam keadaan yang luar biasa.

Pada pendapat saya, dana ini amat diperlukan untuk menaikkan kitaran wang dalam ek0nomi pada masa perbelanjaan kerajaan adalah terhad serta membantu rakyat yang amat terdsak dan terkesan pada masa ini.

Wang yang dikeluarkan dari akaun pencarum pada masa ini mampu dipulihkan dengan s0kongan kerajaan dalam masa setahun atau dua tahun lagi pada masa hadapan selepas krlsis C0vid berlalu.

Tiada seorang pun yang berkata bahawa wang yang dikeluarkan sekarang tidak boleh dipulihkan pada masa akan datang.

Tanggungjawab kerajaan bukan untuk menafl pencarum dari mengakses wang milik mereka sendiri pada masa mereka paling terdesak. F0kus kerajaan pula ialah mencari jalan untuk memulihkan dan memastikan pencarum dengan baki simpanan yang rendah dapat menambah simpanan mereka dengan kadar paling cepat.

Supaya sewaktu mereka bersara nanti, simpanan di dalam Akaun 1 akan mencukupi.

Perkara ini boleh dilakukan dengan tiga cara

Pertama, selepas C0vid kerajaan boleh membantu KWSP untuk meraih pendapatan yang lebih dengan memberi projek lebih lumayan kepada KWSP.

Contohnya, sebelum ini projek KWASA Land atas tanah Lembaga Getah Malaysia dan projek Battersea di United Kingdom serta pemilikan 49% di dalam syarikat PLUS. Bukan diberikan kepada kroni.

Kedua, menaikkan semula kadar caruman bulanan majikan dan pencarum.

Ketiga, mengubah struktur pembayaran divlden kepada struktur berperingkat dengan izin multi-tler dividend structure di mana baki simpanan yang lebih rendah akan terima dividen yang lebih tinggi supaya pembahagian keuntungan KWSP akan lebih memihak kepada pencarum yang mempunyai baki simpanan rendah.

Dengan ini, simpanan masa tua pencarum yang terpaksa mengeluarkan wang secara one-off dari Akaun 1 dapat dipulihkan dalam masa terdekat.

Perlu saya tegaskan bahawa jumlah aset terkumpul KWSP bernilai 940 bili0n pada masa kini. Seandainya 4 jvta pencarum mengeluarkan maksima yang dibenarkan sebanyak 10,000, ini akan mengaklbatkan keperluan dicairkan wang tunai sebanyak 40 bili0n.

Saya percaya, tidak semua pencarum akan mengeluarkan jumlah maksima. Kemungkinan, jumlah yang diperlukan sekitar 20 bili0n hingga 30 bili0n.

Saya percaya jumlah ini mampu disediakan oleh KWSP, tambahan lagi Bank Negara boleh membeli bon-bon kerajaan yang dimiliki oleh KWSP. Perlu sedar bahawa 49% aset KWSP adalah dalam bentuk bon kerajaan. Dan Bank Negara boleh membantu dengan pelupusan bon ini tanpa memberi impak besar kepada pasaran bon tempatan.

Kita bukan mahu memaksa KWSP untuk mencalrkan aset ekuiti pada masa nilai aset rendah. Secara tidak langsung menambah wang dalam kitaran atau money circulati0n dalam ek0nomi agar pekerjaan dapat diselamatkan dan ekon0mi dapat dirancakkan dengan penambahan permintaan ini, merupakan keutamaan kita.

Tuan Yang DiPertua,

Di sini saya ingin perjelaskan mengapa pembayaran one off ini amat diperlukan oleh pencarum dan tidak menerima cadangan dalam bajet untuk dibayar 500 sebulan untuk tempoh 12 bulan.

Antara sebabnya pembayaran one-off ini sebanyak 10,000 boleh digunakan sebagai penyelesaian hutang tvnggakan mereka seperti bil utiliti, bayaran sewa atau pinjaman rumah, keperluan untuk anak- anak, caruman insurans tertvnggak dan sebagainya.

Selain daripada itu, wang tersebut juga boleh digunakan sebagai modal asas untuk memulakan perniagaan kecil terutama sekali bagi mereka yang sudah kehilangan kerja.

Sebagai contoh, wang ini juga boleh digunakan untuk membeli peralatan seperti motosikal bagi menjadi pemandu penghantar makanan atau barangan.

Rakyat juga boleh menjadikan wang tersebut sebagai modal permulaan untuk memulakan perniagaan secara dalam talian atau online business yang kini semakin pesat mengembang.

Keperluan ini tidak dapat dipenuhi sekiranya dibayar cuma 500 setiap bulan sahaja.

Saya tertarik dengan satu p0sting yang tular di sosial media di mana seorang juruterbang yang bernama Kapten Azrin yang turut sama terkesan dengan pandemlk ini, kini sedang menjalankan perniagaan Warung Kapten dengan menjual makanan seperti mi kari dan bihun sup dengan memakai uniform juruterbang yang lengkap.

Sudah tentu, pengeluaran one off 10,000 ini dapat membantu Kapten Azrin mengembangkan perniagaan warung ini. Secara tidak langsung, Mak Cik Kiah juga dapat mengembangkan lagi perniagaan pisang goreng beliau kepada perniagaan air tebu dan sebagainya.

Justeru, Tuan Yang DiPertua janganlah sampai rakyat berkata: Yang dimintak KWSP, tetapi yang didapat adalah P-K-P-B!

Sumber : MyNewsHub/FBNajibRazak

KREDIT : ONLINE MALAYA

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*