Kerana Mulut Azwan Ali Perlekehkan Kakitangan Hospital. Ini Tindakan Yang Azwan Ali Selepas Ia Menjadi Kes Polis

Gara-gara kelantangan tindakan sendiri, selebriti Azwan Ali atau dikenali sebagai Diva AA menerima akibat.

Video bekas pengacara itu memperlekeh kakitangan Hospital Putrajaya berkenaan layanan rawatan Covid-19 dilaporkan oleh pihak hospital dan dia dihadapkan ke muka pengadilan.

Boleh dipenjara 6 bulan

Berita Harian melaporkan Azwan dijatuhkan hukuman RM17 000 denda oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah membuat penghantaran video yang menyakitkan hati orang lain berhubung Covid-19.

Azwan Ali didenda RM17,000 kerana menghina kakitangan perubatan

Hakim Azura Alwi memerintahkan selebriti itu untuk menjalani hukuman penjara selama 6 bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Niat menyakitkan hati

Azwan didakwa menggunakan saluran Youtube “DIVAAATERSOHOR” secara sedar membuat penghantaran dengan niat menyakitkan hati orang lain di Pejabat Timbalan Pengarah Hospital Putrajaya, pada 24 Mac lalu.

Kenyataan media dan salinan laporan polis Hospital Putrajaya

Dia didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Atas kesalahan itu boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.

Sudah minta maaf

Sebelum dihadapkan ke mahkamah, Azwan sempat membuat video memohon maaf atas keterlanjurannya membuat video sebelum itu. Video tersebut dimuat naik di saluran Youtubenya pada 25 Mac lalu dan mendapat lebih 25 ribu tontonan setakat ini.

Walaubagaimana pun video tersebut telah didelete dari channel Azwan Ali

Sumber: Berita Harian

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*