Wanita Mengandung Rentas Negeri Menjadi Kes Pertama C0V-19 Di Kelantan. Ini Komen DG Hisham Dan Apa Yang KKM Akan Lakukan

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha mengesan kontak rapat wanita mengandung dari Kuala Krai, Kelantan yang disahkan positif Cov19 selepas pulang ke kampung halaman untuk bersalin anak kedua.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya akan mengambil tindakan lanjut dan akan mengenal pasti sama ada wanita itu mendapat jangk1tan di kawasan zon merah atau sebaliknya.

Beliau berkata, wanita berusia 30-an dikatakan dari Ampang, Kuala Lumpur ke Kampung Sungai Durian, Kuala Krai pada 15 Mei lalu untuk bersalin di sana.

Bagaimanapun, katanya, apabila ujian saringan dijalankan, wanita itu didapati positif Covid-19.

ā€œSekarang ini, wanita itu telah diasingkan dan diberi rawatan. Apa yang pasti kita sedang menjalankan dan tindakan seterusnya untuk kenal pasti kontak rapat.

ā€œKita akan melihat kepada sama ada jngkitan yang itu didapati di kawasan zon merah, jadi kita menjalankan siasatan dan bila kita dah ada keputusan, ia akan dimaklumkan,ā€ katanya ketika sidang media harian Cov19 di Putrajaya, hari ini.

Hasrat bersalin di Kelantan, 20 kontak rapat kena kuarantin

Selain ahli keluarganya yang dikenakan tindakan kuarantin itu, petugas klinik kesihatan yang merawat wanita terbabit turut dikenakan tindakan sama, bagi mengesan sebarang tanda jngkitan.

Wanita itu dikesan merentas sempadan negeri di luar tempoh dibenarkan pihak berkuasa baru-baru ini.

Sebaliknya dia hanya pulang dari Ampang ke Kampung Sungai Durian, Kuala Krai di sini, pada Jumaat lalu iaitu di luar tempoh pergerakan rentas negeri yang dibenarkan di antara 7 hingga 10 Mei lalu.

Wanita mengandung yang disahkan positif COV19 itu, pulang ke kampung halaman untuk bersalin anak kedua.

Sumber Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, berkata berdasarkan keterangan pesakit, wanita berkenaan pulang untuk bersalin memandangkan usia kandungan sudah memasuki 35 minggu.

ā€œApa yang bahaya, pesakit ini tidak mempunyai tanda-tanda seperti demam atau batuk yang menyebabkan dia bebas bergerak.

ā€œMangsa pulang pada 15 Mei dan tiada kaitan dengan perjalanan Gerak Malaysia, sebaliknya balik untuk bersalin.

ā€œSusulan kejadian itu, seramai 20 individu dikuarantin termasuk ahli keluarga dan kakitangan klinik kesihatan,ā€ katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Terdahulu, selepas lebih sebulan bebas daripada COV19, Kelantan kembali mencatatkan satu kes terbaharu di Kuala Krai, membabitkan wanita mengandung.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan Dr Izani Husin, berkata mangsa kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Sementara itu, Polis Kelantan menunggu arahan dari kerajaan negeri untuk sebarang tindakan selanjutnya, susulan kemunculan semula kes jngkitan COV19 di negeri ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan, menyifatkan kejadian itu adalah satu tragedi memandangkan negeri ini sudah lebih sebulan berstatus Zon Hijau dan kini secara automatik bertukar kepada kuning.

ā€œIni adalah satu tragedi di Kelantan dan apa yang kita tahu seorang pembawa boleh menjangkiti 30 orang yang lain.

ā€œUntuk periksa seorang demi seorang individu yang merentas negeri sudah pasti satu beban yang perlu ditanggung oleh kami sedangkan wabak itu dibawa dari negeri lain.

ā€œBagaimanapun kami akan mengadakan mesyuarat dan terpulang kepada kerajaan (negeri) untuk memutuskan sebarang perubahan tindakan dalam penguatkuasaan pemantauan nanti,ā€ katanya.

HMETRO ONLINE / BHARIAN ONLINE / viddy media

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*