Lagi Kes Terkunci Sebab Ibu Tinggal Anak Dalam Kereta. Sebab Anak Menangis Tak Berhenti, Ini Tindakan Ibunya Diluar Kereta

DUA kanak-kanak berusia setahun dan dua tahun yang terperangkap di dalam kereta berjaya diselamatkan selepas ibunya menenangkan mereka dengan membuka video animasi kartun dari telefon sebelum pihak bomba bertindak membuka pintu kereta.

Kejadian jam 3.10 petang ini, kedua-dua kanak-kanak itu ditinggalkan sendirian dalam kereta oleh ibunya yang juga seorang jururawat dalam kereta itu di kawasan Jalan Langgar, Alor Setar kerana mempunyai urusan dengan rakannya.

Bagaimanapun sebaik kembali semula ke kereta, wanita berusia 26 tahun itu mendapati kereta Honda City itu terkunci dari dalam dan dua anaknya terperangkap dalam kereta berkenaan sebelum menghubungi pasukan bomba meminta bantuan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Pegawai Bomba Kanan II Ahmad Nozlan Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3.19 petang dan tiba di lokasi jam 3.23 petang.

Beliau berkata, operasi disertai lima anggota, dua anggota Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan seorang anggota Unit motosikal RIM tiba di lokasi dan mendapati dua beradik itu masih dalam kereta berkenaan.

“Ketika itu kanak-kanak itu sedang menangis dan saya mengarahkan orang ramai supaya menjauhi kawasan itu bagi mengelakkan mereka takut kerana kami dimaklumkan yang mereka sudah terperangkap hampir 15 minit.

“Dengan bantuan ibunya, kami berjaya membuka pintu kereta itu dengan menggunakan peralatan window airbag dan bar untuk membuka pintu yang terkunci itu,” katanya.

Beliau berkata, kanak-kanak berkenaan berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada ibu mereka dan operasi tamat pada jam 3.38 petang.

Sumber Artikel: HMETRO ONLINE

Notakaki: Ada netizen cakap tak sengaja .. Ada netizen kecam kaw kaw ibu ini.. Bagi admin ibu ini memang kurang cerdik .. nuff said ..

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*