Laungan Azan Di Masjid Ditukar Kepada ‘Tunaikanlah Solat Di Rumah Kalian’, Ini Jawapan Dari Dr. Zulkifli

Laungan azan diubah sedikit dari ‘Marilah menunaikan solat’ kepada ‘Tunaikan solat di rumah anda’ tidak salah kerana membawa maksud yang sama, demikian kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu sidang media.

Ianya bagi menggalakan umat Islam supaya tidak berjemaah di masjid dan hanya menunaikan solat fardhu di rumah susulan penularan Covid-19 yang membimbangkan di beberapa negara termasuk Malaysia.

” Pertama sekali dari segi maknanya tidak salah.

” Kenapa? Kerana makna itu memberi makna kalau  disebut ”Haiya ‘Alas-salah” maknanya masih mengajak orang ke masjid, jadi itu menandakan mereka suruh sembahyang di rumah masing-masing. Ini kebetulan dengan hadis Nabi SAW,” kata Zulkifli.

Isu ini menjadi tular di media sosial apabila lafaz laungan azan di masjid Kuwait diubah sedikit berbanding kelaziman kerana situasi genting penularan Covid-19 yang memaksa pihak berkuasa Kuwait mengarahkan penutupan sementara masjid.

Berikutan penutupan rumah ibadat tersebut, lafaz azan telah diubah daripada makna asal ‘Marilah menunaikan solat’ kepada ‘Tunaikanlah solat di rumah anda.’

https://twitter.com/i/status/1239313204154486785

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber : SiakapKeli, Kaki Videoo

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*