Lebih Setahun Terpisah, Akhirnya Personaliti TV Dayah Bakar Kembali Bersatu Dengan Suaml

Perjuangan pesonaliti televisyen, Dayah Bakar apabila terpaksa berjauhan dengan suami sepanjang proses keham1lan dan juga ketika melah1rkan anak sulung mereka kerap kali menjadi perhatian peminat.

Suaminya, Kapten Muhammad Hanif Hamidi yang bertugas di Australia tidak dapat pulang ke Malaysia berikutan pandem1k Cov1d-19 yang mel4nda dunia hingga menyebabkan sempadan negara ditutup.

Susulan daripada itu, Dayah dan anak kecilnya, Achbar Muhammad Fahri telah mengambil keputusan untuk terbang ke Australia awal bulan ini untuk berada bersama suami tercinta.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DAYAH BAKAR (@dayahbakar)

Dah bersatu semula

Seusai menjalani proses kuarant1n selama 2 minggu, akhirnya Dayah dan suami kembali bersatu selepas genap setahun tidak berjumpa secara langsung.

Perkara tersebut telah dikongsikan di Instagram peminatnya apabila memperlihatkan Kapten Hanif memeluk erat isteri serta anak mereka yang baru pertama kali bertemu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by dayahlova_my (@dayahlova)

Saya pulak yang rasa nak nangis

Hal ini membuatkan warganet berasa sebak dan terharu apabila menyaksikan pertemuan mereka sekeluarga setelah terpisah dalam tempoh masa yang lama dan hanya berhubung secara atas talian sahaja.

Masing-masing meluahkan rasaa syukur dan mendoakan agar hubungan pasangan ini terus berkekalan dan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T di dunia dan juga di akhirat.

Biodata dan latar belakang Dayah Bakar

  • Nama Penuh: Nur Hidayah Binti Abu Bakar
  • Nama Komersial: Dayah Bakar
  • Umur: 28 tahun (2017)
  • Asal: Mont Kiara, Kuala Lumpur
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Status: Bujang (Tapi sudah bertunang!)
  • Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Undang Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Kerjaya: Pengacara, Hos dan Businesswoman (fesyen online)
  • Pengacaraan: Jom Singgah (TV3),¬†Aura Bintang (Hypp TV),¬†Soal Hati (Capital TV),¬†Sembang Terapi (TV9),¬†Rai (Astro Oasis)
  • Instagram:¬†dayahbakar
  • Twitter:¬†dayahbakar

Fakta Menarik Tentang Dayah Bakar

  1. Merupakan finalis program 3R bersama-sama Zetty dan Jasmine Suraya Chin.
  2. Pernah terlibat bidang pengacaraan menerusi program Hijabista di Astro Ria.
  3. Pernah menjadi penyampai radio di IM4U FM.
  4. Memiliki rangkaian fesyen online sendiri iaitu FashionCents.
  5. Mempunyai minat yang mendalam dalam fesyen, pelancongan dan makanan.
  6. Berbakat dalam penulisan lagu.
  7. Muncul dengan single pertama hasil duet dengan penyanyi Nomad, berjudul Lebih Dari Terindah, ciptaan Kunci Demak.
  8. Pernah menulis lirik untuk Sisa Kisah Kita bersama Kunci Demak dan lagu Teman untuk Caprice feat Hayad.

SUMBER/KREDIT:Dayahlova | azhan.co VIA TRENDINGKINI

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*