Lelaki Bengang Penyewa 7-8 Bulan Tak Bayar Sewa, Bil Eletrik Cecah 2k, Rumah Macam Tongkang Pecah. Terasa Seperti Dianiaya!

Adat sebagai penyewa, kenalah jaga rumah yang disewa itu sebaik-baiknya dan pastikan semuanya dalam keadaan bersih dan kemas.

Selain itu, kena pastikan juga yang sewa perlu dibayar on time kepada pemilik, begitu juga bil elektrik dan air yang diguna setiap bulan.

Namun apa yang terjadi kepada lelaki ini yang dapat penyewa serupa ‚Äėbinatang‚Äô memang agak mengejutkan.

Penyewa buat hal, sewa tak bayar, HUTANG bil air sampai beribu-ribu

Menerusi perkongsian Fikri di twitter miliknya, dia kini sedang mencari individu yang pernah menyewa rumahnya di Klang, Selangor.

Memang melampau lah kan, dah lah menyewa lepas itu boleh pulak buat perangai macam ini.

Tapi pelik juga sebab pemilik rumah biarkan penyewa duduk sampai 7- 8 bulan walaupun tak bayar sewa, bagi admin dah cukup baik dah tu..ni namanya dah pijak kepala.

Sebagai penyewa pulak, bila orang dah baik dengan kita, janganlah ambil kesempatan diatas kebaikan orang lain.

Kau aniaya bapak aku. Mentang2 bapak aku bagi kau ddk free…

Fikri kata¬†penyewa sudah pun di ingatkan untuk keluar rumah… tapi alasan yang diberikan oleh si pelaku dia ada wedding anak, namun tak reti naik bayar segala bil termasuk sewa rumah. Malah lepas kena halau, rumah yang ditinggalkan memang ‚Äėbarai‚Äô habis.

I taknak viralkan muka diorang sebab dia ada anak yang masih bersekolah 

Betul jugak cakap Fikri, jangan libatkan bangsa atau negeri kelahiran pelaku sebab ianya dilakukan oleh individu itu sendiri dan tiada kaitan pun dengan perkara-perkara lain.

Malah jangan kerana salah mak ayah, anak yang jadi mangsa kan?

So, lepas ini beringatlah especially pemilik rumah supaya menyediakan kertas perjanjian, yelah kalau kejadian seperti ini berlaku pada kita atleastkita ada bukti malah senang nak ambil tindakan.

Korang mesti nak tau macam mana keadaan rumah yang disewa tersebut kan? Sampai mengamuk betul Fikri di twitter.

Ini antara gambar yang dikongsikan Fikri di twitternya.

‚ÄúMacam tongkang pecah, habis rosak barang dalam rumah‚ÄĚ

Kepada penyewa-penyewa di luar sana, please BEHAVE! Ingatlah yang kita ini menumpang sahaja, kalau nak rosakkan, buat kat rumah sendiri.

Sumber : Kicappedas

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*