
Dalam kehidupan, kita digalakkan melakukan kebaikan kepada semua makhluk Allah SWT tanpa mengira bqngsa, warna kulit, rupa dan sebagainya.
Malah jika kita memberi makan kepada haiwan seperti kucing kesayangan kita pun, sudah besar nilai ganjaran di sisi Allah.
Baru-baru ini, seorang gadis berkongsi kisahnya di laman sosial Twitter sewaktu dalam perjalanan menuju ke satu destinasi.
Sebaik sahaja kereta dipandu bapanya menyusur keluar dari RnR Simpang Pulai, dia terus merakam aksi seorang pemuda yang berIari di tepi lebuh raya dalam keadaan hujan lebat.
Kenapa berIari2 dalam hujan?
Menurut penjelasan gadis yang menggunakan nama @intansyazwanii berkenaan, difahamkan pemuda itu berIari keluar dari kawasan Petronas dan tercari-cari sesuatu sebelum terus berIari ke arah lebuh raya.
Justeru, firasatnya mengatakan bahawa pemuda tersebut mungkin sudah dit1nggalkan oleh bas yang perlu dinaikinya.
Tadi masa kita berhenti kat rnr simpang pulai, tetiba kita nampak la sorang abang ni dia berlari keluar petronas terus tercari cari, then dia terus berlari ke highway, and me cuma terpikir yang abang ni tertinggal bas, kesiannn sangat😭 terus bagitahu papa mintak tumpangkan dia.. pic.twitter.com/ggCdAcjB0E
— delima (@intansyazwanii) January 3, 2021
Disebabkan berasa kasihan, dia meminta bapanya menumpangkan pemuda itu. Namun, apa yang lebih menyedihkan gadis itu adalah kelibat motosikal yang lalu-lalang tidak terpikir mahu bertanya keadaan pemuda malang terbabit.
“Bayangkanlah dia berIari dalam hujan pakai jubah kurta, sambil call office bas yang dia naik nak bagitahu yang dia tert1nggal bas,” tulisnya di ruangan posting.
Bapanya yang tidak sampai hati, memberhentikan kereta dan menumpangkan pemuda itu yang berada dalam keadaan basah lencvn sambil mengg1gil kesejvkan.
Apabila ditanya dengan lebih lanjut, rupa-rupanya memang benar dia dit1nggalkan bas dan seorang diri menaiki bas dalam perjalanan dari Jitra pulang ke Seremban.
Berkat daripada pertolongan gadis itu dan bapanya, pemuda tersebut telah menjumpai dan selamat menaiki basnya semula.
Gadis itu turut berkongsi rakaman saat-saat pemuda tersebut menaiki bas. Mesti keluarga dia tak sabar menunggu kepulangannya!
dia naik je kereta, dia call office bas tu lagi, then office tu tanya bas berhenti mana apa semua, and i terus kelam kabut cari nama rnr yang kitorang berhenti tu kesian sangat tengok dia, menggigil dengan basah lencun, Allah je tahu betapa cuaknya dia masatu sebab tertinggal bas
— delima (@intansyazwanii) January 3, 2021
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan dua beranak itu. Malah, tidak ket1nggalan juga ada yang berkongsi kisah pernah menghadapi nasib sama seperti pemuda berkenaan.
Terima kasih kerana sudi membantu pemuda itu
Pernah juga mengalami nasib sama..Dit1nggalkan bas
Bila kita mudahkan urusan orang lain, Allah akan mudahkan urusan kita juga. Moga kisah ini menjadi contoh buat kita semua.
SUMBER/KREDIT: Twitter intansyazwanii, OMM
PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Terima kasih
Leave a Reply