Lelaki Dari Turki Ini Kata Sajat Tidak Salah Dan Meminta Supaya Jangan Ganggu Sajat. Ini Sebab Kenapa

Sarjana Turki terkenal, Mustafa Akyol menggesa pihak berkuasa agama di Malaysia tidak menjadikan ahli perniagaan Nur Sajat sebagai sasaran kerana memakai telekung ketika menunaikan umrah di Mekah.

Beliau berkata, umat Islam perlu menerima transg3nder sebagai sebahagian ummah.

Penulis yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu berkata, dalam konteks ini, korpus Syiah dalam perundangan Islam kelihatan lebih praktikal dalam menangani individu yang berdepan konflik identiti jantina.

Iran yang merupakan negara majoriti pengikut Syi-ah, ialah satu-satunya negara Islam di Timur Tengah yang memberi hak kepada transg3nder untuk memiliki identiti jantina mereka.

Pemimpin rev0lusi Islam di Iran pada 1979, Ayatullah Khomeini, meluluskan fatwa penting pada 1986 yang mengisytiharkan pembedahan pertukaran jantina dan terapi penggantian hormon sebagai prosedur perubatan yang boleh diterima dari segi agama.

Sajat atau Muhammad Sajad Kamaruzzaman seperti dalam kad pengenalannya, ialah usahawan transgender terkenal. Kontroversi timbul selepas beliau memuat naik videonya bertelekung ketika di Mekah.

Ia disusuli tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa, memberi amaran beliau akan dikenakan tindakan selepas pulang ke negara.

Agensi pelancongan yang menguruskan umrah Sajat sudah membawa beliau keluar dari tanah suci.

Mujahid berkata, Sajat mencemarkan imej Islam serta hubungan baik Malaysia dengan Riyadh.

Mujahid dan birokrat Islam, termasuk mufti bertegas yang Sajat wajib mengerjakan umrah sebagai lelaki kerana beliau secara rasminya masih seorang lelaki.

Tetapi, Akyol berkata, masyarakat perlu menerima golongan transgender.

“ Hakikatnya Nur Sajat menunaikan umrah menunjukkan beliau setia kepada agamanya,” 

kata penyokong kebebasan bersuara di dunia Islam itu yang kerap mengkritik Islamis dan sekularis di negaranya, kepada FMT.

“ Beliau juga mungkin tidak mengganggu mana-mana jemaah di sekelilingnya di tanah suci. Jadi, kenapa tidak menghormati cara pengenalan dirinya?”

“ Ulama Syi-ah mengambil langkah positif dalam perkara ini. Itu sebabnya pembedahan pertukaran jantina bukan saja sah di sisi undang-undang, tetapi digalakkan di Iran.”

“ Golongan itu wujud, bukan hanya hari ini, tetapi sejak sekian lama atas sebab-sebab yang kita tidak tahu sepenuhnya.

“ Ada orang yang dilahirkan dengan konflik fitrah fizikal dan ps1kologi.

“ Dalam kata lain, mereka mempunyai badan lelaki, tetapi merasakan dirinya seperti wanita atau sebaliknya.

“ Saya rasa tindak balas Islam yang betul kepada hakikat ini ialah tidak mend1skrim1nasi atau men1ndas, sebaliknya mempunyai belas kasihan dan membantu (mereka),” katanya yang lantang mengkritik birokrat agama di negara Islam.

Akyol berkata, beliau sedar isu yang akan timbul daripada pengiktirafan transgender.

“ Sebagai contoh, jika seorang tr4nsge nder wanita cuba menggunakan tandas wanita, ini mungkin menimbulkan gangguan kepada wanita lain, tetapi kes seperti itu boleh dikawal.

“ Tetapi, sepatutnya tiada masalah untuk tr4nsge nder menjadi anggota penuh masyarakat – dan juga umat Islam yang baik.”

Akyol menggesa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap Sajat.

“ Saya percaya Nur Sajat tidak patut diganggu, diburuk-burukkan, menjadi sasaran atau dilarang melawat Kaabah.”

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : FMT

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*