Lelaki Ditahan Berduaan Dengan Isteri Orang Ketika PKP. Alasan Yang Diberikan Mengejutkan Ramai

LELAKI berstatus suami ditahan bersama wanita yang juga isteri orang dalam pemeriksaan Op Covid-19 di Hulu Terengganu, kelmarin.

Pasangan berusia 41 dan 28 tahun terbabit ditahan ketika berduaan dalam kereta dipercayai milik lelaki terbabit di kawasan Kampung Tok Gebok, Ajil, pada 2 petang.

Lelaki terbabit dari Kampung Bukit Payung, Marang memberi alasan mahu menghantar wanita itu di sebuah klinik di pekan Ajil, bagi mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Mohd Adli Che Daud berkata, alasan tidak kukuh menyebabkan pasangan terbabit ditahan kerana sengaja mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa tiga bermula Rabu lalu.

Siasatan mendapati wanita itu tinggal di Kampung Kolam, Kuala Ibai, Kuala Terengganu yang jaraknya lebih 30 kilometer (km) dari pekan Ajil,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pasangan suami, isteri orang ditahan ingkar PKP | Wilayah | Berita ...

Dalam tangkapan berasingan, seorang lelaki berusia 20 tahun dari Cabang Jelkis Lata Rek, Kuala Krai, Kelantan ditahan kerana melanggar Sekatan Jalan Raya (SJR) PKP di hadapan Balai Polis Hulu Terengganu pada 6.10 petang, hari sama.

Ketika melalui SJR itu, anggota bertugas mengarahkan lelaki terbabit berhenti sebelum memecut motosikal ditungganginya ke arah pekan Ajil.

Bagaimanapun dia berjaya ditahan anggota yang bertugas di SJR Ajil ketika melalui kawasan berkenaan,” katanya.

Mohd Adli berkata, tiga individu terbabit ditahan reman sebelum dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Dibawah Peraturan 6(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan) 2020.

Lelaki berusia 20 tahun turut dituduh mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam,” katanya.

Beliau berkata, tangkapan terhadap tiga individu terbabit adalah kes ingkar PKP pertama di daerah itu sejak ia dilaksanakan 18 Mac lalu.

HMETRO ONLINE

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*