Lelaki Ini Menjerit Dan Ayat Ini Ibu Dia Dengar Sebelum Menjumpai Anak Anaknya Di Atas Katil

Jeritan terakhir didengar seorang ibu, Noorhasyelawati Yusoff, 37 tahun, selepas suspek memasuki rumahnya dan meng3lar dua anaknya yang sedang tidur di dalam bilik di Kampung Tengah Jalan Kuala Sungai Yan, Kedah, lewat malam tadi.

Dalam kejadian 11.45 malam itu mangsa, Nurul Hanim Idris, 5 tahun, dan adiknya Mohammad Hafiz, setahun, sedang tidur di dalam bilik.

YAN: “Anak hang dah selamat mandi dar4h.”

Nurul Hanim dan Mohammad Hafiz dibunuh dengan kejam oleh suspek ketika sedang nyenyak tidur di rumah mereka di Yan, Kedah.

Nurul Hanim dan Mohammad Hafiz dibu nuh dengan kejam oleh suspek ketika sedang nyenyak tidur di rumah mereka di Yan, Kedah.

Menceritakan detik ketika kejadian, Noorhasyelawati bersama dua anaknya sedang tidur, tiba-tiba mendengar jeritan seorang lelaki memanggil nama suaminya, Idris Saad.

Tidak lama kemudian abang iparnya, Sobri saad, 52 tahun, turun dari tingkat atas rumah lalu membuka pintu.

Sebaik pintu dibuka, suspek bertindak melibas parang mengenai pipi kiri Sobri.

Sobri kemudian lari menyelamatkan diri dan pada masa yang sama suspek masuk ke dalam rumah dan cuba menik4m Noorhasyelawati, bagaimanapun tersasar.

”Dia menghampiri saya dan terus menikam ke arah perut tetapi nasib baik terkena tirai.”

”Kemudian suspek terus masuk ke bilik, menuju ke katil tempat anak tidur,” katanya yang tidak dapat menahan sebak mengenangkan apa yang berlaku.

Menurutnya, tidak lama selepas itu, dia terdengar suspek menjerit mengatakan anaknya sudah bermandi dar4h.

”Saya terus lari pergi rumah kakak untuk minta tolong… tengok apa dia (suspek) buat dekat semua anak saya,” tambanya.

Noorhasyelawati hanya tergamam sebaik kembali ke rumah dan melihat kedua-dua anaknya terbujur kaku berlumuran dar4h.

Sementara itu, menurut Ketua Siasatan Jenayah Kedah, SAC Mior Faridalathrash Wahid, suspek berjaya ditangkap orang kampung sebelum diserahkan kepada polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif kejadian masih dalam siasatan.

Sumber Artikel: Astro Awani

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*