Lelaki Ini Tiba Tiba Menendang Anggota Polis Ketika Ditahan. Ini Komen PDRM Tentang Apa Yang Terjadi Sebenarnya

Video lelaki menendang anggota polis menjadi tular hari ini. Video tersebut mendapat bermacam macam reaksi netizen. Rata rata ramai tidak tahu kisah sebenar. Ini kenyataan dari pihak polis berkenaan isu ini.

Kesian polis ditendang pesakit mental…

LELAKI yang juga pesakit mental bertindak menendang anggota polis yang cuba meleraikan pergaduhan antara dua individu di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Dalam kejadian 11.45 malam itu, sepasukan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur sedang melakukan tugas rondaan di kawasan berkenaan.

Ketika sedang melakukan rondaan, pihaknya menerima maklumat berlaku pergaduhan antara dua individu di hadapan restoran.

Timbalan Ketua JSPT Kuala Lumpur Superintendan Sarifudin Mohd Salleh berkata, apabila anggota terbabit tiba di lokasi kejadian, lelaki berkenaan bertindak agresif dengan menendang pagar besi di kawasan berkenaan.

“Anggota polis cuba menangkap lelaki berkenaan dan berlaku pergelutan hingga menyebabkan individu terbabit menendang anggota polis.

“Bagaimanapun, lelaki berkenaan berjaya ditahan dan ditenangkan oleh anggota polis,” katanya.

Sarifudin berkata, pemeriksaan mendapati lelaki berkenaan adalah pesakit mental dan bergaduh dengan rakannya yang juga pesakit mental di kawasan berkenaan.

“Lelaki itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan kemudian diberikan ubat penenang oleh doktor sebelum diserahkan kepada pihak keluarga.

“Dia kemudian dibebaskan dengan jaminan polis. Rakan lelaki terbabit pula enggan membuat laporan polis berhubung kejadian,” katanya.

Sumber ArtikelHMETRO ONLINE

Video Yang Telah Menjadi Tular

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*