Lelaki Jalan Kaki Balik Kelantan Selamat Sampai Rumah, Siap Sedia Buat Ujian Saringan Covid-19

Semalam, SK melaporkan seorang lelaki yang berjalan kaki untuk pulang ke kampung halaman, Kelantan demi menemui keluarga tercinta.

Matnoe Poksu Din mengambil keputusan untuk meredah jarak sejauh 428 kilometer dari Kuala Lumpur untuk ke Tanah Merah, Kelantan dengan berjalan kaki dan dijangka mengambil masa selama tiga hari untuk sampai.

Hampir pitam

Dalam satu video dimuatnaiknya, Poksu berkata dia hampir pitam setelah dua hari tidak makan nasi dan hanya bergantung kepada minuman isotonik.

“Tadi nak pitam dah rasa. Rehat sekejap, bangun beli air. Makan nasi. Dah dua hari tak makan nasi. Minum 100 plus je sejak kelmarin lagi. Dah makan nasi rasa segar sekejap. Jadi kita jalan kaki pulak nak sampai Gerik,” katanya.

“Segar dah sikit ni. Mata pun nampak elok dah. Tadi gelap gelita nak rebah,” tambahnya.

“Yang mana minta nombor akaun kita tu, kita ada lagi duit nak buat makan sehari dua ni. Tak perlu runsing lah.. Bukan sebab kita ni kaya kita taknak duit orang.. Kita pun tak tergamak musim-musim macam ni ambil duit orang. Lagipun kita yang pilih jalan sendiri macam ni,” katanya.

Cuba Menahan kenderaan awam

Berkongsi pengalaman, Muhamad Noor berkata, dia cuba menahan kenderaan termasuk lori untuk mendapatkan bantuan pulang ke kampungnya.

Bagaimanapun, katanya, tiada yang berhenti untuk menumpangkannya.

Malah, Muhamad Noor berkata, keluarga terutama isterinya, Siti Noor Fateng Sefeai hanya mengetahui tindakannya itu selepas dia memuat naik hantaran dan berkongsi pengalaman di FB.

“Mulanya isteri tidak tahu tetapi dia ada menghubungi saya selepas menonton siaran ‘Live’ di FB kerana risau.

“Saya cuba menahan kenderaan tetapi tiada satu pun yang berhenti mungkin kerana mereka takut untuk menumpangkan saya.

“Walaupun lapar dan dahaga, saya cuba bertahan untuk berpuasa tetapi akhirnya terpaksa berbuka dengan minum air tengah hari tadi,” katanya.

Menurutnya, dia berdepan dua sekatan jalan raya di Gopeng dan Ipoh namun tidak dikenakan tindakan.

“Setibanya di Gerik, ada sebuah lori berhenti dan mujurlah pemandunya sudi menumpangkan saya dan kami menyambung perjalanan selepas waktu berbuka tadi.

Walau bagaimanapun, malam tadi isteri kepada Poksu Din berkongsi khabar gembira, memaklumkan suaminya sudah tiba di rumah.

Dalam masa sama, Pok su juga berkongsi khabar itu.

Dia dalam pada itu memberitahu akan membuat saringan ujian C0v1d-19 beberapa jam lalu.

Matnoe Poksu DinSara Anisa

Kredit: Siakapkeli via HMetro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*