Lelaki Muslim Ini Ditahan Polis Kerana Melaungkan Allahuakbar Di Khalayak Ramai. Kenapa Dia Jerit Buat Polis Ini Terdiam

SEORANG lelaki Muslim didenda sebanyak 150 Swiss francs (RM894) di Switzerland kerana mengucapkan ‘Allahuakbar’ di khalayak ramai.

Lelaki berusia 22 tahun yang bernama Orhan E. itu mengucapkan seruan yang bermaksud ‘Allah Maha Besar’ ketika dia berjumpa dengan seorang rakannya pada bulan Mei tahun lepas.

Bimbang dengan serangan pengganas, polis di bandar Schaffhausen menghentikan lelaki itu dan menuduhnya telah menimbulkan gangguan awam.

Pihak polis mempertahankan tindakan mereka dengan mengatakan bahawa tindakan sama akan diambil jika orang lain berlari dan menjerit, lapor surat kabar tempatan Schaffhauser Nachrichten.

Orhan berkata, pihak polis memeriksa jika dia membawa senjata selepas mengungkapkan ayat itu dengan kuat.

Sebab Kenapa Dia Menjerit Allahuakbar

Polis memeriksa salah satu lokasi serangan pengganas yang pernah berlaku di bandar Schaffhausen pada 2017. – Foto DPA

Lelaki itu sebenarnya memberikan reaksi tersebut kerana berjumpa dengan kawannya.

Dia memberitahu 20 Minuten: “Tiba-tiba anggota polis panggil saya dan dia tanya apa maksud ayat tersebut.

“Saya diancam akan dimasukkan ke penjara jika saya tidak membayar denda itu.

“Saya dilahirkan di sini dan tidak pernah alami perkara seperti ini.”

Dia didenda 150 Swiss francs dan diarahkan untuk membayar lagi 60 francs, menjadikan nilai keseluruhan adalah 210 francs.

RESPOND POLIS TENTANG INSIDEN TERSEBUT

Jurucakap polis berkata: “Ketika itu ada kemungkinan orang awam akan berasa takut.”

Pegawai polis mendakwa harus memeriksa situasi tersebut kerana ayat tersebut dikaitkan dengan serangan keganasan yang berlaku beberapa tahun kebelakangan ini.

Sumber Artikel : MSTAR ONLINE

Notakaki: Sampai begitu sekali mereka takut .. 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*