Lelaki Yang Meletakkan Patung BerhaIa Berjaya Ditangkap. Polis Tanya Kenapa Dia Buat Begitu, Ini Jawapan Lelaki Tersebut Yang Bunyi Macam Tak Masuk Akal

KLANG – Mendkwa sering bermimpi melihat Kaabaah dikelilingi patung berhaIa, seorang lelaki mengaku meletak patung itu di Surau Sabilul Huda, di Taman Pendamar Indah, Pelabuhan Klang, di sini.

Itu pengakuan lelaki berusia 37 tahun selepas diberkas polis Bahagian Siasatan Jnyah Klang Selatan, kira-kira jam 6.15 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar berkata, terdapat dua kes berhubung penemuan patung berhaIa di surau tersebut yang dilaporkan berlaku pada Rabu dan Sabtu lalu.

Shamsul Amar (tengah) menunjukkan patung berhaIa yang dirampas polis susulan tertangkap seorang lelaki berusia 37 tahun. (Gambar kecil: Patung yang dirampas.)

Menurutnya, susulan laporan polis, sspek yang merupakan seorang penganggur diberkas di rumahnya, kira-kira 200 meter dari surau tersebut.

“Soal siasat mendapati, suspek positlf ddh jenis sy4bu dan mengaku pernah belajar ilmu agama yang salah (gila isim) di negara jiran.

“Menurut sspek, ketika berada di rumah keluarganya dia sering bermimpi melihat Kaabah yang dikelilingi patung berhaIa. Ekoran mimpi itu suspek percaya dia perlu melakukan perkara yang sama di surau itu,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, hari ini.

Beliau berkata, sspek ini telah meletakkan sebuah patung Datuk Gong dalam kejadian pertama dan dua lagi patung berhala kecil dalam kejadian kedua kononnya bagi mengajak penganut agama tersebut untuk melakukan ibadah di surau terbabit.

Hasanah menunjukkan lokasi patung berhaIa yang ditemui di atas pagar pintu utama surau berkenaan, (gambar kanan) patung berhala sebesar tapak tangan ditemui di atas pagar pintu utama surau berkenaan.

Tambah Shamsul Amar, siasatan juga mendapati ada antara patung ini dicuri dari sebuah tokong kecil serta diambil dari tempat pembuangan sampah.

“Kita tidak tolak kemungkinan sspek mempunyai masalah mentaI. Semakan rekod yang dibuat juga mendapati sspek ini mempunyai dua rekod jnyah lampau. Siasatan menyeluruh sedang dijalankan merangkumi semua aspek,” katanya.

Tegasnya, justeru polis menolak sama sekali kejadian yang berlaku ini adalah perbuatan individu atau berkumpulan untuk mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaiibkan agama. Kejadian juga tiada kaitan dengan isu hubungan antara kaum dan agama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Sumber ArtikelSinar Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*