Lepas Ceraikan Isteri Pertama, Da’i Farhan ‘Block’ Adik.Dan ‘Unfriend’ Adik Sendiri Di Facebook

Dua tiga hari ini kecoh di laman sosial dalam Facebook dan Twitter tentang Da’i Farhan yang telah berkahwin lagi satu dan isteri pertama sedang mengandung.

Tidak cukup dengan itu, baru baru ini tular di media apabila Da’i Farhan telah menceraikan isteri pertamanya hanya melalui voicenote whatsapp.

ADIK SENDIRI KENA BLOCK

ADIK kepada pendakwah bebas Da’i Nik Farhan iaitu Nik Fatma Amira meluahkan rasa kecewa terhadap abangnya yang bertindak menceraikan isteri pertamanya, Fatin pada Selasa.

Malah Nik Fatma Amira turut mendedahkan akaun laman sosialnya telah disekat oleh Nik Farhan disebabkan mempertahankan Fatin atau nama sebenarnya Nurul Ain Mat Aris.

“Semalam (Selasa) adalah hari yang sangat mengecewakan. Kecewa dengan tindakan seorang abang yang tidak bertanggungjawab.

“Saya disekat oleh abang sendiri kerana saya bersuara untuk kakak ipar saya. Sudah berapa minggu saya bersama Kak Fatin.

“Bantu sokong emosi dia, datang ke rumahnya sewaktu suami dia tiada, dengar luahannya dan lain-lain. Saya tahu keputusan ini berat untuk dia terima tapi dia kuat dan reda,” tulisnya.

Pada malam Selasa, tular kenyataan seorang individu di Facebook yang menuduh Nik Farhan menceraikan isterinya yang kini sedang sarat hamil tujuh bulan.

Inidvidu yang dikenali sebagai Asiah Jalil itu mendakwa Fatin diceraikan kerana nusyuz dan memfitnah suaminya.

Dakwa Asiah pendakwah tersebut juga mengurung dan memukul isteri pertamanya sebelum melafazkan cerai menerusi rakaman suara di aplikasi WhatsApp.

Susulan kontroversi itu, Fatin tampil menafikan telah menderhaka terhadap suami sehingga berlaku perceraian.

Fatin dalam satu kenyataan panjang lebar pada Rabu menjelaskan tuduhan kononnya dia berlaku nusyuz terhadap suami seperti yang didedahkan individu melalui posting di Facebook terlalu berat dan menjatuhkan maruahnya sebagai seorang wanita.

Dalam pada itu, Nik Fatma Amira turut mendedahkan ibu mereka tidak reda dengan keputusan dan tindakan abangnya itu.

Namun Nik Fatma turut meninggalkan pesan untuk isteri kedua Nik Farhan dan berharap semua orang mendoakan agar abangnya kembali ke pangkuan keluarga.

“Untuk Farhan hiduplah atas dunia ini sesuka hatimu, tapi ingat apa-apa yang mama tidak reda, kamu tidak akan ke mana.

“Menyesal kemudian tiada guna. Kembalilah ke jalan bahagia. Mohon semua sahabat doakan semoga Farhan sedar dan kembali semula ke pangkuan keluarga.

“Untuk ‘wanita’ yang telah merampas kebahagiaan ini, ingatlah, Allah ini Maha Adil. Pasti Allah akan balas segala tindakanmu,” ujarnya.

Minggu lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan pendedahan Farhan yang menikahi seorang janda beranak lapan yang juga usahawan dikenali sebagai Dr Aireen di Makkah.

Farhan berkahwin dengan Fatin pada 19 Februari 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan berusia setahun empat bulan.

Manakala Fatin kini sedang hamil tujuh bulan dan dijangka melahirkan anak lelaki pada Februari tahun hadapan.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : MSTAR ONLINE

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*