SeteIah Habis Mesyuarat Gempar, Kabinet Setuju Adakan Darurat dan Ini Yg BakaI BerIaku

Laporan terkini mengatakan kabinet bersetuju dengan pelaksaan darurat bagi menangani penularan COVlD-19. Difahamkan perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas hari ini yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Putrajaya.

”Tunggu pengumuman,” kata seorang menteri yang enggan namanya didedahkan ketika dihubungi Malaysiakini.

Langkah itu diambil susulan ketidaktentuan berterusan dalam negara dan ketika Muhyiddin berdepan desakan daripada luar dan dalam.

Sementara itu, memetik sumber, The Malaysian Insider melaporkan perkataan “darurat” itu harus dipakejkan semula supaya tidak mencetuskan rasa panik di kalangan rakyat.

” Mereka tak akan panggil darurat, tetapi nama baru lain. Sesuatu yang berkaitan dengan COVlD-19,” menurut sumber itu.

Malaysiakini difahamkan Muhyiddin dijangka mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan perkenan baginda.Bagaimanapun, perkara ini masih tidak dapat disahkan.

Parlimen ditangguh, darurat separa di zon merah?

Dalam pada itu, Pegawai kanan di Putrajaya dikatakan mahu Putrajaya melaksanakan “darurat separa” di zon merah, termasuk di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Sumber yang dekat dengan rundingan itu berkata, mereka mahu aktiviti Parlimen, termasuk sidang Dewan Rakyat selama 27 hari mulai 2 Nov hingga 15 Dis ini digantung kerana bimbang “kluster Parlimen” berlaku.

”Ada 2 sebab pegawai kanan di Putrajaya mahu ‘darurat separa’, satu ialah mengurangkan sebarang penularan Covid-19 dan satu lagi bagi mengurangkan ketidakstabilan politik semasa,” katanya kepada FMT.

Tidak diketahui jika kerajaan menerima kebimbangan pegawai kanan itu. Setakat ini, Putrajaya belum membuat sebarang pengumuman rasmi.

Difahamkan, Belanjawan 2021, yang sepatutnya dibentangkan 6 Nov ini, mungkin ditangguhkan jika sidang Parlimen digantung.

Sumber berkata, “darurat separa” mungkin tidak membabitkan tentera dan mungkin sama dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan dari Mac hingga Mei lalu.

Katanya, pegawai kanan mencadangkan tentera membantu polis mengadakan sekatan jalan, seperti ketika PKP.

” Aktiviti harian akan dibenarkan, tetapi dengan lebih banyak sekatan,” katanya sambil menambah kedai runcit dan perniagaan masih boleh terus beroperasi.

Beliau berkata, cadangan itu dikemukakan kepada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, yang mungkin membincangkannya dengan anggota Kabinetnya.

Terdahulu, Muhyiddin hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet untuk membincangkan Belanjawan 2021. Tidak diketahui jika cadangan “darurat separa” dibincangkan.

Mesyuarat khas itu diadakan di Putrajaya bermula 9.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari tadi.

Daerah yang diisytiharkan zon merah COVlD-19 ketika ini ialah Kota Setar (Kedah), Larut-Matang-Selama (Perak) serta Timur Laut, Seberang Perai Selatan (Pulau Pinang), Titiwangsa (Kuala Lumpur) dan Seremban (Negeri Sembilan).

Petaling, Hulu Langat, Gombak, Klang, Sepang dan Kuala Langat di Selangor, serta Beaufort, Kinabatangan, Kota Belud, Kota Kinabalu, Kunak, Lahad Datu, Papar, Putatan, Sandakan, Semporna, Tawau, Ranau, Tuaran, Keningau, Kudat dan Penampang di Sabah juga dalam senarai zon merah COVlD-19.Kira-kira 700 hingga 800 kes Covid-19 dilaporkan setiap hari.

Sumber:Malaysiakini dan Freemalaysiatoday

Kredit : AwatttSyeikhh Network

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*