Biar Betul Makanan RMT Sekolah Hanya Nasi Dan Kuah?

Makanan RMT atau Rancangan Makanan Tambahan di sekolah telah dijalankan sejak sekian lama lagi.

Ini bertujuan bagi membantu murid-murid yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan makanan semasa mereka berada di sekolah.

Namun, baru-baru ini kecoh di laman media sosial apabila seorang pengguna Facebook berkongsikan gambar makanan RMT sekolah yang tidak mempunyai satu jenis lauk diberikan kepada murid sekolah. Biar betul makanan RMT macam ini?

BIAR BETUL MAKANAN RMT MACAM NI?

Cucu saudara bawak balik dekat mak dia makanan RMT. Sadis betul. Makanan apa yang diberi untuk budak-budak dekat sekolah?

Adakah peruntukan RMT terlalu sedikit sampai pengusaha kantin beri makanan begini kepada budak-budak?

Sebelum ini budak-budak mengadu makanan RMT tidak sedap, kita pun beritahu kena bersyukur sebab masih ada makanan. Tapi, ini makanan…

Tidak tahu salah siapa dalam hal begini. Tapi saya rasa perlu disiasat kenapa diberi makanan seperti ini kepada penerima RMT. Sudahlah senarai penerima RMT wajib sekolah hari-hari tanpa penggiliran. Makanan begini yang dikatakan ‚Äúmampu memacu pendidikan kita?‚ÄĚ

Nota : hal begini bukan hendak menyalahkan kantin sepenuhnya. Bajet rendah, kementerian harus beri bajet baru supaya tiada pihak tertekan. Pihak kantin gembira, anak-anak makan dengan senang hati.

‚ÄúCHECK DULU DENGAN ANAK DAN PIHAK SEKOLAH‚ÄĚ

Menjengah ke ruangan komen, sudah pasti isu ini mendapat perhatian dalam kalangan ibu bapa. Walaupun terkejut dengan rupa makanan yang disediakan, ramai juga yang memberi pandangan supaya ibu bapa memeriksa dulu perihal sebenar dengan anak-anak dan pihak sekolah. Bukan apa, risau kalau lauk utama sudah dimakan dahulu sebelum dibawa pulang…

Penting untuk ibu bapa berbincang dulu dengan pihak pengurusan sekolah dan kantin bagi memastikan kebenaran kepada makanan RMT yang disediakan. Ada juga pengusaha kantin yang turut meninggalkan komen bahawa dia juga pernah ‚Äėdiviralkan‚Äô oleh ibu bapa atas tindakan yang tidak benar.

*Apa-apa pun siasat dahulu ya…

Sumber/Kredit: Zurina Hassan via siraplimau

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*