Linda Rafar Dedah Sifat Sebenar Ustaz Ebit Lew Yang Selama Ini Orang Tak Tahu

“Saya jahil, tak pandai. Saya bukan ustaz. Saya bukan sesiapa. Cuma Cina belajar Islam.

“Terima kasih semua terlalu ramai guru, keluarga dan sahabat mendoakan dan beri semangat. Allah saja balas semuanya,” kata pendakwah terkenal Ebit Lew.

Ebit Lew meluahkan isi hatinya di Facebook selepas niatnya membantu golongan kurang berkemampuan disalahertikan dan dipertikaikan segelintir pihak.

“Saya tak berniat nak sakitkan hati sesiapa pun. Saya mohon maaf pada semua ya.

Ebit Lew memohon maaf sekiranya apa dilakukannya mengguris hati orang ramai kerana niatnya hanya ingin membantu.

Pendakwah terkenal, Ebit Lew mengesahkan khidmatnya bagi membantu orang tidak berkemampuan tidak lagi akan dilakukan secara langsung.

Ebit Lew berkata, pendirian itu diambil selepas dipanggil ke Bukit Aman hari ini, bagi memberi keterangan berhubung laporan beberapa pihak yang mempertikaikan khidmat bantuannya yang tular di media sosial.

“Atas nasihat, setakat ini sahaja saya berkhidmat pada semua secara langsung.

“Saya cuma akan memindahkan wang pada orang susah. Saya teruskan dari rumah sahaja.

LINDA RAFAR DEDAH SIAPA EBIT LEW

Penyanyi dan pelakon, Linda Rafar ada memberikan dedikasi istimewa buat Ustaz Ebit Lew. Perkara itu dikongsikan anggota kumpulan Elite ini menerusi Instagram pada Rabu buat tatapan umum. Sambil mengakui dia dan ahli keluarga menyayangi penceramah bebas itu, Linda turut menyifatkan Ebit sebagai individu yang merendah diri.

“Kami satu family sayang ustaz, hampir 2tahun mengenali ustaz @ebitlew terlalu baik dan sgt rendah diri. Moga allah berkhati hidup ustaz dunia dah akhirat,” tulisnya. Linda pada masa sama turut memohon maaf pada semua bersempena dengan sambutan Ramadan tidak lama lagi.

“Linda juga nk mintak maaf kepada semua yg mengenali diri ini halalkan segala mkn/minum dah maafkan segala tutur kata secara sengaja atau tidak. In Shaa Allah, hanya beberapa jam lagi kita akan bertemu bulan Ramadhan. Bulan yang mana pada awalnya merupakan rahmat, pertengahan merupakan pengampunan dan akhir merupakan kelepasan dari api neraka.

“Marilah kita sama-sama memperbanyakkan membaca ayat di bawah ini:- *“Allahumma Ballighna Ramadhan”* الَلهمَ بلَغنا رمضان“Ya Allah Sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.” (merupakan doa yang diulang-ulang oleh Rasulullah S.A.W. menjelang Ramadhan)

BHARIAN ONLINE / MH / Viddy Media

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*