‘Nak Balik Raya Ke Ni?’ Ramai Terkejut Lihat Keadaan Jalan Mahupun Lebuhraya Sesakk Dengan Kenderaan

SHAH ALAM – Keadaan aliran trafik di sekitar kawasan Lembah Klang dilihat mengalami kes.esakan sepanjang hari ini.

Dipercayai, kese.sakan itu berlaku kerana orang ramai mencari barang keperluan menjelang pelaksanaan Perlntah Kawalan Pergerakan (PKP) dan perisytiharan d.arurat.

Jalan-jalan yang mengalami kese.sakan melibatkan Jalan Tun Razak, Jalan Tuanku Abdul Halim, Jalan Lingkaran Tengah 2, Jalan Lapangan Terbang Subang, Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Shah Alam, Lebuhraya Jalan Duta – Sungai Buloh dan Lebuhraya Damansara-Puchong

Berdasarkan aplikasi Google Map, kesesakan lalulintas ini meliputi kawasan Kuala Lumpur dan Selangor.

Tempat Lain Pun Jem Juga

Sumber Facebook
Sumber Facebook

Selain itu, kem.alangan berlaku di beberapa kawasan seperti Persiaran Kewajipan, Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Sultan Iskandar, Jalan Lingkaran Tengah 2, Jalan Kuching dan Lebuhraya Baru Lembah Klang turut menjadi p.unca kepada kes.esakan lalu lintas.

Dalam pada itu, penutupan jalan turut berlaku di lokasi-lokasi tertentu seperti Jalan Tun Abdul Razak, Jalan Raja Hassan, Jalan Parlimen, Jalan Mamanda Sembilan dan Jalan Jelatek.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas pada Isnin mengumumkan pelaksanaan PKP bagi enam negeri untuk tempoh 14 hari mulai 13 Januari hingga 26 Januari.

Enam negeri yang terlibat adalah Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

SUMBER/KREDIT: SinarHarian/LLM

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*