“Mak Jaga Anak Abam Elok Elok Ye” – Ibu Sebak Teringat Pesanan Terakhir Arwh Abam 2 Hari Lalu

Hari ini ramai yang terkejut dengan berita pemergian pelawak popular, Abam daripada kumpulan Bocey yang men1nggal dunia di kediamannya di Gombak pada pagi Isnin.

Kakak kepada pelawak popular Abam, Sharifah Norwahidah Syed Mohd Redzuan berkata adiknya itu merancang untuk menganjurkan majlis makan-makan bersama sanak saudara sebelum dia sak1t.

Menurut Sharifah Norwahidah, Abam atau nama penuhnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32 telah membeli lima kilogram siput sedut dan lima kilogram sotong untuk majlis berkenaan.

Dengan nada sebak, Sharifah Norwahidah berkata, majlis itu terhenti apabila Abam jatuh sak1t, dua hari lalu.

“ Dia teringin nak makan gulai siput sedut dengan keladi. Dia sudah beli siput sedut lima kilo dan sotong lima kilo. Dia kata kita nak makan ramai-ramai. Tapi disebabkan dia sak1t, acara itu ditunda.

“ Saya kata nantilah bila dah sihat kita buat semula. Dia kata dia tidak lalu makan, itu sahaja yang dia tidak kesampaian nak makan,” katanya.

“ Dia suka makan gulai siput sedut dengan keladi. Bila dia jatuh sak1t, dia tidak lalu makan. Semua bahan itu disimpan dalam peti sejuk.

“ Biarlah masak banyak-banyak, aku nak meratah, dia kata.

“ Nanti panggil semua, bawak mak sekali. Nanti aku masak,” katanya lagi.

Jen4zah dibawa ke Hospital Selayang untuk bedah siasat. Gambar kecil: Sharifah Nor Wahidah (Kakak Abam)

Sharifah Norwahidah berkata, pemergian Abam sangat dirasai oleh ahli keluarganya kerana menyifatkan arwh sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarganya.

“ Keluarga terasa kehilangan dia sangat-sangat. Sebab dia tidak pernah berkira. Cakap lah dengan dia bincang, tapi dia tidak pernah berkira.

“ Dia kata yang habis tu sudahlah, ada rezeki yang akan datang. Jadi kalau apa pun memang tidak ada masalah dengan dia.

“ Saya rasa seperti hilang tempat bergantung dengan dia. Adik beradik banyak bergantung dengan dia. Apapun akan rujuk kepada dia. Dia kata ada masalah apa-apa bincang,” katanya lagi.

Jn4zah Abam kini berada di Hospital Selayang untuk proses post mortem.

Sementara itu , Ibu Abam menceritakan pesanan terakhir Arwh kepada ibunya 2 hari lalu

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: Malaysia Gazette

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*